Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 3 September 2013

Kerry Pernah Makan Bersama Bashar

Gambar menunjukkan Setiausaha Negara AS John Kerry (kiri) makan semeja dengan Bashar al-Assad (kanan) pada tahun 2009

Seorang pelayan kelihatan di sebelah mereka dengan dulang minuman hijau

Presiden Syria Bashar al-Assad bersama isterinya kelahiran British Asma al-Assad

Minggu lalu Kerry berkata Assad 'kini telah menyertai senarai Adolf Hitler dan Saddam Hussein'

Beratus orang terbunuh di Syria, termasuk wanita dan kanak-kanak akibat serangan senjata kimia 

Kerry berkata bukti penggunaan senjata kimia kini menjadi lebih kukuh dari hari ke hari bagi tindakan ketenteraan

Presiden Obama bersama Naib Presiden Biden dan Setiausaha Negara John Kerry dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara


Satu gambar yang menakjubkan menunjukkan John Kerry makan malam bersama Bashar al-Assad dengan santai dan intim telah muncul ketika Setiausaha Negara Amerika Syarikat itu mengemukakan rancangan untuk mengebom Syria dan melucutkan kuasa Assad. 
Kerry, yang menyamakan Assad dengan Adolf Hitler dan Saddam Hussein semalam, kelihatan duduk di meja kecil bersama isterinya Teresa Heinz dan Assads pada tahun 2009. 
Assad dan Kerry, ketika itu Senator Massachusetts, berhadapan di antara satu sama lain dan kelihatan berbual bersama pasangan mereka. 
Seorang pelayan kelihatan di sebelah mereka dengan dulang minuman hijau, dipercayai lemon dan pudina kisar. 
Gambar itu mungkin diambil pada bulan Februari 2009 di restoran Naranj di Damsyik, semasa Kerry mengetuai delegasi ke Syria untuk membincangkan cara mewujudkan perdamaian di rantau itu. 
Walaupun Presiden Barack Obama telah menangguhkan tindakan ketenteraan terhadap Syria dengan menunggu kelulusan Kongres dalam tempoh seminggu, Kerry tetap lantang membicarakan bahaya yang ditimbulkan oleh rejim Syria. 
Beliau berkata Assad 'kini telah menyertai senarai Adolf Hitler dan Saddam Hussein' dalam menggunakan senjata kimia terhadap rakyat sendiri. 
Kerry berkata pada hari Ahad bahawa Amerika Syarikat kini mempunyai bukti bahawa gas saraf sarin telah digunakan di Syria dan 'kes ini menjadi lebih kukuh dari hari ke hari bagi tindakan ketenteraan. 
Dalam ucapan bersemangat di Washington Jumaat lalu, beliau menggelar Assad sebagai 'samseng dan pembunuh,' dan menggesa dunia untuk bertindak. - Mail Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.