Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 17 September 2013

Menyamar Polis Untuk Merompak Dan Merogol

Dua lelaki yang menyamar sebagai polis untuk menyamun dan merogol seorang pelajar ditahan polis. Foto: myMetro

Mangsa bersama teman lelakinya baru mendaftar masuk hotel bajet di Rawang sebelum dirogol dan dirompak. Foto: Wikipedia

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan suspek telah ditangkap polis. Foto: Sinar Harian


GOMBAK - Dua lelaki yang menyamar sebagai polis untuk menyamun dan merogol seorang pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di sebuah hotel bajet pada Sabtu lalu, ditahan pagi semalam. 
Dalam kejadian kira-kira 6 petang, mangsa yang berusia 18 tahun bersama teman lelakinya baru mendaftar masuk hotel di Rawang di sini, sebelum pintu bilik mereka diketuk oleh suspek yang memperkenalkan diri sebagai polis. 
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata kedua-dua suspek kemudian membuat pemeriksaan dan mendakwa kedua-dua mangsa melakukan kesalahan maksiat. 
“Salah seorang suspek membawa teman lelaki mangsa keluar dari bilik berkenaan, manakala mangsa yang ditinggalkan bersama seorang lagi suspek kemudian dirogol. 
“Selepas merogol, suspek keluar dan rakannya pula masuk ke bilik berkenaan untuk merogol mangsa. Mangsa dan teman lelakinya turut menyerahkan wang tunai RM500 dan telefon bimbit sebagai alasan tidak dibawa ke balai polis atas kesalahan mereka,” katanya kepada pemberita di lokasi tangkapan di sini, semalam. 
Beliau mengesahkan mangsa dan teman lelakinya membuat laporan polis keesokannya. 
Rahim berkata, menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di hotel berkenaan, pihaknya dapat mengenal pasti identiti kedua-dua suspek menerusi motosikal yang digunakan mereka. 
“Hasil risikan dan siasatan, pada jam kira-kira 2.30 pagi tadi (semalam), kita menangkap kedua-dua suspek berusia 25 dan 37 tahun di pondok pengawal tapak projek lebuh raya, di sini iaitu tempat salah seorang daripada suspek bekerja. 
“Hasil pemeriksaan, kita merampas enam telefon bimbit pelbagai jenama termasuk dua daripadanya milik mangsa, 17 keping kad sim, kunci gari, satu paket dipercayai syabu serta motosikal, ” katanya. - Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.