 |
Jurugambar Michael Pharoah telah merakam gambar orang-orang miskin semasa lawatannya ke Hollywood |
 |
Wajah lelaki miskin yang telah berumur |
 |
Juga wajah wanita miskin yang telah lanjut usia |
 |
Wajah wanita ini kehitam-hitaman dan hidup merayau-rayau di jalanan |
 |
Wajah seorang lelaki dengan masa depan yang kelam |
 |
Kepala berbalut dan muka yang luka menunjukkan risiko hidup di jalanan |
 |
Renungan seorang lelaki yang tidak berumah |
 |
Lelaki tidak berumah ini masih sempat menghisap rokok |
Apabila orang membayangkan Hollywood, mereka akan terbayang jalan-jalan yang dipenuhi orang-orang kaya dan terkenal dengan gaya hidup mewah sebagaimana yang dipamerkan dalam filem-filem wayang gambar.
Tetapi seorang jurugambar telah menerokai tidak jauh dari rumah-rumah besar berjuta-juta dolar dan studio filem untuk mengalami sisi yang berbeza di bandar ini.
Beliau telah melawat beberapa kawasan golongan bawahan di Los Angeles dan dia telah menyaksikan perjuangan orang-orang yang hidup di jalanan.
Michael Pharoah, 22 dari New Zealand sedang bercuti di Amerika Syarikat apabila dia membuat keputusan untuk menerima projek merakamkan gambar-gambar masyarakat gelandangan di Hollywood.
Menurut Pharoah, walaupun dipenuhi penduduk yang kaya dan terkenal yang menguasai industri showbiz, bandar ini juga mempunyai kawasan miskin dan hina.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.