Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 5 September 2013

McCain Main Pakau Semasa Sidang Kongres

Senator McCain: saya sekali-sekala berasa bosan, jadi saya cuba mengurangkannya dengan bermain pakau




McCain memberi sepenuh perhatian semasa perbincangan dengan Obama, Susan Rice dan Senator Lindsey Graham


WASHINGTON - Ahli Kongres Republikan, Senator John McCain mengaku beliau bermain permainan pakau melalui iPhone beliau, ketika anggota lain berbahas hangat mengenai konflik di Syria. 
Akhbar The Washington Post, menyiarkan gambar senator berkenaan yang menyokong campur tangan tentera di Syria bermain permainan itu ketika perbahasan berlarutan selama tiga setengah jam. 
Gambar berkenaan yang kemudian disiarkan secara online, segera menjadi perbualan di kalangan anggota Kongres. 
Perbuatan McCain dianggap memalukan, kerana ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa senator berkenaan tidak serius dan menganggap remeh persoalan perang. 
Beliau kemudian menghantar kiriman ke laman Twitter bagi mengurangkan komen terhadapnya, sambil merujuk kepada perbahasan yang dianggapnya terlalu lama. 
“Skandal! Tertangkap bermain pakau iPhone dalam tempoh tiga jam perbahasan di Senat. Lebih teruk lagi, saya kalah,” kata McCain dalam kirimannya. 
“Saya memang mahu mendengar perbahasan itu dan perkara yang dibahaskan rakan saya, malangnya dalam tempoh kira-kira tiga setengah jam itu, saya sekali-sekala berasa bosan, jadi saya cuba mengurangkannya dengan bermain pakau,” katanya kepada stesen televisyen Cable News Network (CNN). 
“Perkara yang paling teruk sekali ialah saya kalah berpuluh ribu dolar di dalam permainan ini,” katanya sambil menambah ia hanya ‘wang palsu’. 
Bagaimanapun beberapa ulasan terhadap kiriman Twitter, menegur sikap senator berkenaan. 
McCain adalah tahanan perang Vietnam dan dipilih sebagai anggota perwakilan bagi negeri Arizona. Beliau menang pencalonan Republikan bagi pertandingan jawatan presiden pada 2008 tetapi tewas kepada Presiden Barack Obama. - AGENSI/Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.