Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 26 September 2013

Pulau Baru Timbul Selepas Gempa Bumi

Gempa bumi menyebabkan dasar laut meningkat dan mewujudkan sebuah pulau 600 meter dari pantai Gwadar Pakistan di Laut Arab

Dilihat dari udara: Saiz pulau ini ialah kira-kira 18 meter tinggi, 30 meter panjang dan 76 meter lebar. Imej: NASA

Saintis akan membuat kajian terhadap keujudan pulau baru timbul ini

Pemandangan dari jarak dekat di pulau baru timbul

Berpuluh-puluh orang telah melawat pulau ini, kata Timbalan Pesuruhjaya Daerah Gwadar, Tufail Baloch

Pantai Gwadar, sebelum pulau baru muncul. Imej: NASA

Pulau baru muncul selepas kejadian gempa bumi. Imej: NASA



QUETTA - Pasukan mencari dan menyelamat Pakistan bertungkus-lumus menyelamatkan ribuan penduduk yang cedera dan kehilangan tempat tinggal selepas rumah mereka ranap dalam gempa bumi kuat, di barat laut negara itu ketika angka kematian meningkat kepada 327 orang, kata pihak berkuasa. 
Gempa dengan magnitud 7.7 menggegarkan daerah terpencil Awaran di wilayah Baluchistan, tengah hari kelmarin.. Ia dirasai sejauh New Delhi, ibu kota India yang terletak 1,200 kilometer, namun tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan di sana. 
Seorang pegawai wilayah, Setiausaha Dalam Negeri Tambahan Baluchistan, Zahid Maqsood meletakkan angka kematian kepada 210 orang dan 375 cedera, sementara seorang jurucakap kerajaan wilayah, Jan Mohammad Bulaidi, meletakkan angka kematian kepada 216 orang. 
Pada masa sama pihak berkuasa Pakistan menyiasat sama ada gempa bumi kuat mewujudkan sebuah pulau baru di luar pantai selatan negara itu. 
Ketua pengarah Jabatan Meteorologi Pakistan, Arif Mahmood, berkata saksi melaporkan sebuah pulau kecil muncul berhampiran Pelabuhan Gwadar di Laut Arab dan boleh dilihat dari pantai. 
“Gempa mungkin menyebabkan bumi di bawah laut naik, namun pihak berkuasa perlu menyiasat perkara itu,” katanya. 
Bandar di Pakistan seperti Karachi di sepanjang Laut Arab dan Quetta, ibu kota wilayah Baluchistan, menyaksikan penduduk yang ketakutan berlari ke jalan raya dan berdoa untuk keselamatan mereka. 
Tentera Pakistan berkata, mereka menghantar anggota dan helikopter ke Awaran dan kawasan berhampiran di Khuzdar. 
Pihak berkuasa tempatan turut menghantar doktor, makanan dan 1,000 khemah untuk mangsa ketika gempa susulan kuat terus menggegarkan rantau itu. Kebanyakan mangsa terbunuh dihempap runtuhan rumah.
AP/Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.