Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 20 September 2013

Perkahwinan Yang Tragik

Setelah koma dua tahun, keluarga Jingjing berkumpul di sisinya lengkap dengan kek untuk meraikan ulang tahunnya yang ke-28

Keluarga Jingjing kemudian mengahwinkannya dengan tunangannya, Lu Lai (berbaju hijau)

Selepas beberapa jam Jingjing berkahwin, doktor bersiap sedia untuk mematikan mesin sokongan hayat

Ayah Jingjing, Fang Lu mengucup dahi anak tunggalnya buat yang terakhir kali


Seorang wanita yang koma selama dua tahun berhadapan dengan saat yang menyayat hati, apabila mesin sokongan hayat dimatikan hanya selepas beberapa jam dia berkahwin. 
Pada tahun 2011, dunia ini seakan-akan milik berdua Jingjing dan tunangnya Lu Lai, dari Guangdong di tenggara China. 
Mereka memegang jawatan penting dalam majlis kerajaan tempatan di Guangzhou dan mereka telah membeli rumah serta merancang untuk berkahwin. 
Tetapi rancangan mereka tidak kesampaian apabila pada suatu hari Jingjing telah jatuh sakit di tempat kerja. 
Jingjing koma ketika dalam perjalanan ke hospital. 
Setelah dua tahun berlalu, keluarganya berkumpul di sisinya lengkap dengan kek untuk meraikan ulang tahunnya yang ke-28, dan kemudian mengadakan majlis perkahwinan, bagi memenuhi impian pasangan itu untuk berkahwin. 
Lu Lai berkata, "Kami mahu perkahwinan khas, jadi kami perlu lebih masa untuk memastikan simpanan kami mencukupi. 
"Dia sakit, tetapi dia tidak mahu berhenti kerja. Kemudian pada suatu hari saya menerima panggilan yang mengatakan dia rebah di hadapan komputernya dan telah dikejarkan ke hospital. 
"Mereka berkata dia telah berhenti bernafas dalam perjalanan, dan terpaksa diberi bantuan. 
"Saya diberitahu di hospital dia masih hidup tetapi kemudian jelas dia mengalami kerosakan otak yang kekal. Tiada apa yang kita boleh lakukan untuknya." 
Bapa Jingjing, Fang Lu berkata, "Dia seorang wanita muda yang bertenaga. Saya tidak percaya dia boleh pergi, tetapi dia selalu berkata dia bersedia menjadi penderma organ dan cara ini adalah sebahagian daripada cara beliau akan hidup dan membantu orang lain untuk hidup. 
"Dialah satu-satunya anak kami, kami mahu sesuatu yang istimewa di saat terakhir kami bersama."
Organ-organ Jingjing akan didermakan untuk membantu orang lain yang memerlukan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.