|
Logo syarikat penerbangan dan nama Airbus 330-300 segera dicat hitam oleh para pekerja syarikat |
|
Pesawat ini terbabas semasa mendarat di landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok |
|
Penumpang diselamatkan dengan keluar menggunakan gelongsor kecemasan |
|
Pesawat Airbus 330-300 ini membawa 287 penumpang dan 14 anak kapal mendarat dari Guangzhou |
|
Pesawat ini belum dipindahkan sehingga proses siasatan selesai |
BANGKOK - THAILAND. Lebih 14 orang mengalami cedera ringan apabila pesawat milik Thai Airways terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Thailand, awal pagi semalam.
Jurucakap syarikat penerbangan berkata, tayar di bahagian depan pesawat itu juga dilaporkan tercabut menyebabkan pendaratan tersasar.
“Kejadian berlaku ketika pesawat Airbus 330-300 membawa 287 penumpang dan 14 anak kapal mendarat dari Guangzhou. Penumpang diselamatkan dengan keluar menggunakan gelongsor kecemasan,” katanya.
Menurut saksi, kedengaran satu bunyi kuat ketika pendaratan dan berlaku kebakaran kecil di sebelah kanan pesawat.
“Keadaan kecoh di dalam pesawat apabila penumpang mula menjerit ketika pesawat tidak stabil,” katanya dipetik dari laporan Bangkok Post.
Sementara itu, pegawai lapangan terbang berkata, pesawat itu belum dipindahkan sehingga proses siasatan selesai.
“Lapangan terbang masih beroperasi seperti biasa cuma berlaku kelewatan untuk setiap jadual penerbangan,” katanya. - Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.