Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 9 September 2013

Hidup Tanpa Rumah Di Sebalik Kehebatan AS

Lynn, merupakan salah seorang daripada 175 penduduk yang tinggal dalam kem di San Jose

Troy, bekas tukang kayu, menggunakan kemahirannya membina rumah pokok

The Jungle terletak berdekatan dengan ibu pejabat syarikat-syarikat berteknologi tinggi

Penduduk digelar Red Mama ini, asalnya memiliki sebuah kedai bunga tetapi terpaksa ditutup hampir dua dekad yang lalu

Red Mama dilaporkan mulanya tinggal di bawah sistem perlindungan tetapi membencinya dan akhirnya berpindah ke sini

Anak sungai ini banyak membantu penduduk di sini yang serba kekurangan

Penduduk tanpa rumah di San Jose meningkat secara mendadak dua puluh peratus dalam tempoh dua tahun lepas


Lembah Silikon terkenal sebagai pusat teknologi dunia tetapi bilangan penduduk tanpa rumah di kawasan ini juga telah berkembang secara mendadak sejak kebelakangan ini. 
Keadaan di salah satu kawasan terkaya di negara ini telah didedahkan dalam koleksi gambar terbaru yang dirakamkan di salah satu kawasan di Silicon Valley. 
Di sebalik kawasan hutan belukar di sini, terdapat pondok dan kem-kem sementara yang dikenali sebagai 'The Jungle' yang digunakan sebagai tempat tinggal oleh penduduknya yang terdesak. 
Pemberita Business Insider yang diundang penduduk The Jungle mendapati khemah-khemah dan rumah-rumah mereka diperbuat daripada papan lapis dan sisa kayu. 
Sebahagian daripada 175 penduduk yang tinggal di kawasan itu adalah tukang batu dan tukang kayu yang menganggur yang telah menggunakan kemahiran mereka untuk membuat tempat tinggal mereka sendiri. 
Seorang tukang kayu bernama Troy yang tinggal di kawasan The Jungle telah membina rumah pokok.
Pada ketika yang sama terdapat jutawan tinggal berdekatan kawasan ini, termasuk pengasas Google Larry Page. 
Masalah penduduk tanpa rumah di San Jose bukan baru, tetapi berlaku peningkatan mendadak dua puluh peratus dalam tempoh dua tahun lepas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.