Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 25 Mac 2013

Lelaki Indonesia Bergaduh Di Stesen LRT Bukit Jalil

Stesen LRT Bukit Jalil. Foto: bintharon.wordpress.com

Pemandangan di platform Stesen LRT Bukit Jalil. Foto: skyscrapercity.com

LTR bergerak meninggalkan stesen. Foto: skyscrapercity.com

Lelaki Indonesia ditangkap di Sungai Buloh pada Januari lalu kerana tidak memiliki pasport (gambar hiasan). Foto: home.net.my

KUALA LUMPUR - 16 lelaki warga Indonesia dari dua kumpulan ditahan bagi membantu siasatan berhubung satu kes pergaduhan di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil di sini, Ahad lalu. 
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Osman, berkata hasil maklumat orang awam pihaknya berjaya menumpaskan kumpulan itu yang menimbulkan pergaduhan antara jam 5.30 hingga 6.30 petang itu. 
"Ketika operasi mengesan mereka dilakukan, ahli kumpulan itu dilihat memakai lilitan kain putih di kepala sambil memegang senjata tajam. 
"Terkejut melihat kehadiran kami kesemua ahli kumpulan itu melarikan diri sambil mencampak beg yang berisi senjata tajam di tepi jalan kawasan terbabit," katanya. 
Abdul Rahim berkata, dalam kejadian itu pihaknya turut merampas 28 bilah parang panjang, empat bilah sabit, lima tukul besi, 11 kepala tali pinggang dan 16 batang besi. 
"Kami masih menyiasat jumlah sebenar kesemua ahli kumpulan itu...ada dua lelaki (bukan daripada 16 orang itu) mengalami kecederaan ketika kejadian dengan seorang kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, manakala seorang lagi ahli kumpulan itu sedang dikesan," katanya. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.