Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 11 Ogos 2014

Balu Biar Mayat Suami Reput Di Rumah

Ila Solomon, 54, berdepan tindakan undang-undang selepas membiarkan mayat suaminya reput di rumah mereka

Gerald Gavan, 88, suami Ila, dibiarkan reput di rumah mereka selama sembilan bulan

Ila baru-baru ini membawa kru berita ke rumahnya


Gerald Gavan, seorang veteran Perang Dunia Kedua ditemui di rumah mereka Mei lalu

Ila (kanan) didakwa mengambil wang bantuan Gavan (kiri) selepas kematiannya


LAFAYETTE (AS) - Seorang balu membiarkan mayat suaminya reput di rumah mereka selama sembilan bulan kerana mendakwa suaminya mahukan mayatnya diperlakukan begitu supaya ia dimakan burung. 
Ila Solomon, 54, berdepan tindakan undang-undang selepas mayat suaminya, Gerald Gavan, 88, ditemui di rumah mereka Mei lalu. 
Dia baru-baru ini membawa kru berita ke rumah berkenaan dan menunjukkan tempat veteran Perang Dunia Kedua itu mati. 
“Saya percaya seseorang yang berkhidmat begitu banyak untuk Amerika Syarikat (AS) perlu menjalani kematian yang diingininya. Dia hanya mahu mayatnya dimakan burung sebagai sebahagian daripada kitaran kehidupan. 
“Pelan alternatif ialah membiarkan mayatnya di luar supaya burung memakannya di situ. Tetapi, saya tidak melakukan demikian, sebaliknya, membiarkan saja mayatnya di tempat dia mati,” kata Ila. 
Menurutnya, dia membiarkan saja pintu rumahnya terbuka dengan harapan burung masuk dan memakan mayat suaminya. 
Ila mendakwa mayat itu baru saja disimpan selama lima hari, namun koroner Jabatan Polis Lafayette berkata, ia mungkin sudah disimpan sembilan bulan. Bagaimanapun, punca kematian masih tidak diketahui. 
Ila didakwa mengambil wang bantuan suaminya selepas kematian lelaki itu. 
Satu wasiat yang kononnya ditulis Gavan meminta mayatnya dimakan burung di Indiana. - Agensi/myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.