Seorang lelaki di bandar Leer dituduh menunjukkan kemaluannya kepada seorang gadis. Foto Dewan Bandaran Leer. |
Bagaimanapun dia mendakwa, kemaluannya terlalu kecil. Foto pusat bandar Leer |
Hakim mengarahkan pejabat koroner di Oldenburg mengukur kemaluan lelaki itu |
LEER (Jerman) - Seorang lelaki yang dituduh menunjukkan kemaluannya kepada seorang gadis belasan tahun memberitahu mahkamah, kemaluannya itu terlalu kecil untuk membolehkan seseorang melihatnya.
Lelaki berusia 54 tahun yang hanya dikenali sebagai Herbert O didakwa mempamerkan kemaluannya kepada gadis itu ketika dia menghantar bungkusan kepada mangsa, Ogos tahun lalu.
Gadis itu bersama ibunya membuat laporan polis terhadap Herbert yang berasal dari Leer, Jerman.
Herbet, dalam perbicaraannya semalam memberitahu mahkamah, kemaluannya terlalu kecil untuk dilihat gadis itu, malah turut meminta isterinya memberi kenyataan di mahkamah.
“Maaf sayang, kemaluan awak terlalu pendek untuk terjuntai dari seluar,” kata isterinya kepada mahkamah di Leer.
Peguam bela, Lutz Winkler meminta hakim Ulrike Andrees mengukur organ sulit tertuduh bagi mengesahkan dakwaan itu.
Andress bagaimanapun menolak, sebaliknya mengarahkan pejabat koroner di Oldenburg mengukurnya.
“Saya akur jika si isteri sendiri mendedahkan perkara itu,” kata Andrees.
Winkler mahu memastikan anak guamnya bebas daripada tuduhan itu dan menolak hukuman denda untuk menyelesaikan kes berkenaan, Mahkamah mungkin perlu menanti beberapa bulan untuk mencapai keputusan.
“Ini kes pertama seumpamanya di mahkamah,” kata pegawai mahkamah Norbert Bruns. - myMetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.