Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 11 Ogos 2014

Cara Usahawan India Tunjuk Kekayaan

Usahawan India, Pankaj Parakh (tengah) memakai baju emas seberat empat kilogram sedang dikawal oleh pengiringnya

Pankaj berbelanja £127,000 (RM685,154) untuk membeli emas bagi menghasilkan kemeja ini

Datta Phuge, seorang lagi usahawan India berbaju emas yang didedahkan tahun lalu


NEW DELHI - Seorang usahawan tekstil menunjukkan kekayaannya dengan memakai kemeja yang diperbuat daripada emas, lapor akhbar MailOnline semalam. 
Usahawan itu, Pankaj Parakh sanggup membelanjakan £127,000 (RM685,154) untuk membeli emas bagi menghasilkan kemeja tersebut. 
Baju itu seberat empat kilogram. 
Justeru, dia terpaksa membawa beberapa pengawal peribadi apabila memakai kemeja tersebut kerana khuatir menjadi mangsa rompak. 
"Saya tidak akan keluar dengan emas yang kurang daripada dua atau tiga kilogram di badan saya," katanya. 
Kemeja keemasan itu diperbuat daripada 18 hingga 22 karat emas tanpa menggunakan sebarang bahan logam yang lain bagi meraikan hari lahirnya yang ke-45. 
Dia mempunyai isteri, Pratibha dan dua anak iaitu Siddharth, 22, dan Rahul, 19. 
Kedua-dua anaknya itu kini sedang belajar di kolej. - Agensi/Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.