Isaac Selau dibenar pulang dari penjara dengan dipasang peranti elektronik di tangannya |
Bagaimanapun Selau memasangkan peranti elektronik itu di leher ayam jantan untuk membolehkannya pergi menjual kokain |
Bagaimanapun Selau ditangkap polis semasa menjual kokain di bandar Porto Alegre |
PORTO ALEGRE (Brazil) - Seorang pengedar dadah yang dibenar pulang dari penjara dengan peranti elektronik dimasukkan ke penjara semula selepas polis mendapati dia menanggalkan peranti berkenaan dan memasangnya pada seekor ayam jantan untuk keluar menjual kokain.
Perbuatan Isaac Selau, 29, terbongkar selepas polis menangkapnya menjual dadah di Porto Alegre di negeri Rio Grande Do Sul, Brazil, ketika dia sepatutnya berada di rumah.
“Apabila kami memeriksa kediamannya, kami mendapati seekor ayam dalam sangkar, bersama-sama peranti elektronik pada lehernya,” kata jurucakap polis, Murilo Araujo.
“Peranti itu dicabut dari ayam berkenaan dan Selau dimasukkan semula ke penjara,” katanya.
Araujo juga berkata, polis turut menemui kokain, ganja dan pistol di rumah Selau.
Menurutnya, pihak berkuasa sudah melancarkan siasatan untuk memastikan bagaimana kejadian itu boleh berlaku. - Agensi/ myMetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.