Semalam, penduduk Ashkelon di Israel keluar ke pantai selepas gencatan senjata baru 72 jam antara Israel dan Hamas |
Penduduk Ashkelon mengambil kesempatan berseronok mandi manda bersama keluarga |
Setelah membantai Gaza selama lebih empat minggu, kini penduduk Israel di Ashkelon bersantai di pantai |
Semasa serangan ganas Israel ke atas Gaza, pantai ini kurang selamat kerana terdedah kepada serangan roket Hamas |
Di kawasan Gaza, penduduknya juga mengambil kesempatan suasana tenang gencatan senjata untuk meneruskan kehidupan |
Namun lelaki ini termenung jauh memikirkan tempat kediamannya yang telah musnah akibat serangan ganas Israel |
Masjid juga tidak terkecuali daripada serangan Israel dan menaranya rembah menimpa apartment kediaman penduduk Palestin |
Penduduk Gaza terpaksa bekerja kuat untuk membangunkan semula kawasan mereka yang rosak dan musnah |
Gencatan senjata baharu selama 72 jam antara Israel dan Hamas yang berkuat kuasa di Gaza semalam, membolehkan penduduk di kedua-dua negara yang terlibat dengan konflik bersenjata itu keluar dari tempat perlindungan mereka.
Di Ashkelon, sebuah bandar yang terletak di selatan Israel, yang dihujani roket Hamas semasa Israel membantai Gaza, penduduknya keluar ke pantai untuk bersuka-ria.
Namun di sebelah sempadan Israel, di Gaza, penduduk Palestin yang kembali ke kawasan penempatan mereka mendapati tempat itu musnah teruk akibat serangan ganas tentera udara Israel.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.