Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Sabtu, 23 Ogos 2014

Lelaki Diheret Teman Wanita Kerana iPhone

Wanita ini bosan kerana kekasihnya enggan berhenti bermain telefon bimbit

Lalu wanita ini mengheret teman lelakinya dari tempat duduk

Walaupun diheret, mata teman lelakinya tetap tertumpu pada telefon

Satu ketika wanita ini meletakkan kaki pada mulut kekasihnya

Gambar-gambar ini dirakam oleh penumpang lain


BEIJING - Seorang wanita yang bosan mengheret teman lelakinya sepanjang sebuah stesen kereta api bawah tanah selepas kekasihnya itu enggan berhenti bermain telefon bimbitnya. 
Gambar dirakam penumpang lain menunjukkan wanita itu kecewa dan berang terhadap kekasihnya sebelum dia mengheretnya dari tempat duduk dan keluar dari pintu stesen kereta api bawah tanah di Beijing. 
Lebih menarik lagi, ketika lelaki itu diheret sepanjang stesen berkenaan, matanya masih tertumpu pada iPhonenya. 
Orang ramai terkejut melihat keadaan itu berterusan dengan wanita itu memegang telefon berkenaan untuk mengheret teman lelakinya. 
Satu ketika dia meletakkan kaki pada mulut kekasihnya untuk cuba memisahkan dia dengan telefon pintar itu, tetapi kekasihnya enggan melepaskannya. 
Wanita itu kemudian mengheretnya memasuki kereta api lain. 
Kejadian begitu tegang tetapi ada yang percaya ia hanya lakonan untuk sebuah syarikat telefon bimbit. 
Namun, bagi mereka yang merakam peristiwa itu menerusi telefon bimbit masing-masing, yakin ia bukan gimik. 
“Saya terkejut jika ia lakonan. 
Saya sendiri melihat seorang kanak-kanak menangis melihat pasangan itu menjerit antara satu sama lain ketika wanita itu cuba merampas telefon itu daripada lelaki berkenaan,” kata saksi, Yuan Feng. 
Feng berkata, wanita itu berada di depan teman lelakinya yang berjalan terlalu perlahan sambil matanya tertumpu pada telefon hingga menyebabkan mereka mungkin terlepas kereta api. 
“Dia hilang sabar dan cuba merampas telefon teman lelakinya. 
Apabila usahanya gagal, dia mengheret lelaki itu memasuki kereta api sebelum pintunya ditutup. 
Wanita itu menjerit menyuruh temannya melepaskan telefon, tetapi dia enggan,” kata Feng. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.