Rekahan sepanjang satu kilometer terbentuk baru-baru ini di Costa de Hermosillio, Sonora, Mexico. |
Pakar geologi berada di kawasan rekahan |
Rekahan ini sedalam lapan meter |
Penduduk dan pegawai tempatan bingung berhubung punca yang menyebabkan rekahan ini terjadi |
Para saintis percaya, rekahan itu terbentuk disebabkan aliran air bawah tanah di barat laut negara ini |
Ada pula menganggap gempa bumi yang berlaku di San Andreas mungkin menjadi penyebab terjadinya rekahan ini |
BANDAR RAYA MEXICO - Satu rakaman video menunjukkan terdapat rekahan sepanjang satu kilometer (km) di sebuah ladang di Costa de Hermosillio, Sonora, Mexico baru-baru ini, lapor akhbar The Huffington Post kelmarin.
Para saintis percaya, rekahan itu terbentuk disebabkan aliran air bawah tanah di barat laut negara ini.
Rekahan itu sedalam lapan meter.
Gambar tersebut dirakamkan kamera yang dipasang pada sebuah dron.
Punca rekahan itu turut menyebabkan beberapa penduduk dan pegawai tempatan bingung berhubung punca yang menyebabkan ia terjadi.
Namun, ramai di antara mereka menganggap satu gempa bumi yang berlaku di San Andreas mungkin menyebabkan terjadinya rekahan tersebut.
Sekumpulan geologi Universiti Sonora pula berpendapat, aliran air bawah tanah sebagai punca yang menyebabkan terjadinya rekahan itu. - Agensi/ Kosmo!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.