Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 8 Ogos 2014

Mangsa Tsunami Bertemu Ibu Kandung

Raudhatul Jannah (tengah) dipeluk oleh ibunya (kiri) dan neneknya (kanan) selepas 10 tahun terpisah akibat tsunami

Jamaliah menunjukkan gambar Jannah sebelum dia telah dihanyutkan oleh tsunami pada tahun 2004

Raudhatul Jannah (dua dari kanan) duduk bersama keluarganya pada hari Rabu. Jannah telah diselamatkan oleh nelayan

Jannah dibawa ke Blangpidie dan dibesarkan oleh ibu angkatnya. Kini Jannah telah bersatu semula dengan keluarganya di Meulaboh

Pemandangan di Meulaboh yang dimusnahkan oleh tsunami pada tahun 2004


Kanak-kanak wanita Indonesia yang dibawa arus dalam tsunami Lautan Hindi pada 2004, ditemukan semula dengan ibu bapanya sepuluh tahun selepas dianggap meninggal dunia, kata ibunya semalam. 
Raudhatul Jannah berumur empat tahun ketika beliau dan abangnya dibawa arus daripada rumahnya di wilayah Aceh Barat pada 26 Disember 2004, kata Jamaliah, ibunya, kepada dpa. 
Jamaliah berkata beliau dan suaminya berhenti mencari selepas sebulan setelah percaya anaknya meninggal dunia, sehinggalah saudaranya menemui remaja menyerupai anaknya pada Jun. 
Mereka mendapati gadis itu dijaga oleh seorang perempuan tua berdekatan daerah Aceh Barat Daya. Keluarga mereka disatukan semula kelmarin. 
“Saya dan suami sangat gembira berjumpa lagi dengan dia,” kata Jamaliah melalui telefon daripada Meulaboh, bandar utama di Aceh Barat. “Ini keajaiban tuhan.” 
Jamaliah berkata beliau pada mulanya meragui gadis itu anak perempuannya sehinggalah dapat menatap wajahnya. 
“Jika ada siapa lagi yang ragu, saya sedia buat ujian DNA,” katanya. 
Jamaliah berkata selepas tsunami melanda rumahnya, Raudhatul dan abangnya, ketika itu tujuh tahun, terlepas daripada tangan suaminya ketika berpaut di papan kayu yang terapung. 
Raudhatul, sekarang 14 tahun, memberitahu bahawa abangnya juga mungkin selamat kerana mereka tersadai di Pulau Banyak, menurut ibunya. 
“Kami akan cari dia di Pulau Banyak kerana kami percaya dia masih hidup,” katanya. 
Pulau terpencil yang tanpa penduduk itu terletak kira-kira 40 kilometer dari pantai. 
Tsunami Lautan Hindi melanda selepas gempa bumi dari pulau Sumatra, mengorbankan 230,000 orang daripada 14 negara, termasuk 17,000 nyawa di Aceh. - dpa/ Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.