Keadaan panik ketika Gong Tseng, 30, menjadikan sepupunya Cui Meng, 29, sebagai tebusan |
Tseng menjadikan Meng tebusan selepas berlaku pertikaian keluarga |
Meng dilihat membuat panggilan telefon ketika menjadi tebusan |
Selepas dua jam, polis berjaya memujuknya melepaskan mangsa |
Tetapi penonton menjerit menyuruhnya bunuh diri selepas dia melepaskan tebusan dan meletakkan pisau dileher sendiri |
Orang ramai mengatakan mereka telah penat menunggu dan hanya mahu melihat drama itu berakhir |
Tseng akhirnya mengalah dan meletakkan senjata sebelum ditahan pihak polis |
CHONGQING, China - Keadaan panik ketika Gong Tseng, 30, menjadikan sepupunya Cui Meng, 29, sebagai tebusan dengan pisau di leher bertukar menjadi insiden memalukan kepada dirinya apabila penonton menjerit menyuruhnya bunuh diri selepas dia melepaskan tebusan dan meletakkan pisau dileher sendiri.
Menurut Mail Online, Tseng menjadikan Meng tebusan selepas berlaku pertikaian keluarga di bandar Chongqing, di selatan China.
Selepas dua jam, polis berjaya memujuknya melepaskan mangsa.
Namun, tindakan Tseng mengalihkan pisau ke lehernya sendiri mengundang ejekan daripada orang ramai yang mengatakan mereka telah penat menunggu dan hanya mahu melihat drama itu berakhir.
Difahamkan, Meng dilihat membuat panggilan telefon ketika menjadi tebusan dan dipercayai menelefon datuknya untuk membantu memujuk Tseng melepaskan dirinya.
Tseng akhirnya mengalah dan meletakkan senjata sebelum ditahan pihak polis. - Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.