Aku hendak membina rumah agam yang cantik |
Lengkap dengan taman bunga |
Di atas sebidang tanah yang dikelilingi suasana kehijauan. |
Di sebelah belakang rumahku terdapat halaman yang luas |
Lengkap dengan pokok-pokok dan lanskap yang menenangkan minda |
Di ruang tamu, terdapat pintu dan tingkap yang luas menghadap taman hijau |
Selain itu, terdapat sebuah dewan serba guna untuk majlis kenduri-kendara |
Setiap pagi aku akan bersarapan pagi di sini sambil menikmati suasana hijau |
Ruang dapur rumah ku pula dilengkapi dengan peralatan yang moden |
Di ruang ini aku akan makan malam bersama keluarga |
Aku juga mempunyai ruangan untuk bersantai atau mandi-manda di sebuah kolam renang dan tab mandi panas |
Ini ialah bilik persalinan, tempat untuk menyimpan pakaian ku |
Ini bilik tidurku yang lengkap dengan balkoni peribadi |
Itu impianku kalau aku kaya.
Namun tengahari tadi aku pergi Solat Jumaat.
Sepanjang khutbah, khatib mengingatkan para jemaah tentang mati.
Khatib berkata, mati itu pasti tetapi ramai manusia tidak ambil peduli.
Tidak ada seorang insan pun terkecuali daripada mati.
Apabila mati, semua pangkat dan harta benda tak dapat dibawa bersama.
Hakikatnya, kehidupan dunia hanya sementara sedangkan kehidupan akhirat adalah kehidupan yang sebenarnya.
Semoga dalam kesibukan mengejar dunia, kita tidak mengabaikan kejayaan akhirat.
Sebab, kejayaan yang sebenar ialah apabila kita dapat masuk syurga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.