Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 12 Ogos 2014

Terlalu Obses Warna Merah Dan Putih

Sevenraj, 52, Seorang ahli perniagaan hartanah dari Bangalore terlalu taksub dengan warna merah dan putih

Sevenraj bersama anak perempuannya Maneesha, 15, anak lelakinya Bharath, 17, dan isterinya Pushpa, 42

Warna dalam rumah kediaman Sevenraj juga terdiri daripada warna merah dan putih

Hanya tv dan pemain DVD sahaja yang tidak berwarna merah atau putih

Suasana dalam pejabat Sevenraj

Sevenraj berkata, beliau cuba untuk menggunakan warna merah dan putih dalam hampir setiap aspek kehidupannya

Pemandangan di luar rumah kediaman Sevenraj 


BANGALORE, India - Seorang ahli perniagaan hartanah di bandar ini terlalu taksub dengan warna merah dan putih sehingga pejabat, kereta dan rumahnya dicat dengan warna tersebut. 
Kasut dan pakaian ahli perniagaan itu, Sevenraj, 52, turut mempunyai warna merah dan putih. 
Isterinya, Pushpa, 42, dan dua anak pasangan itu, Bharathraj, 17, serta Maneesha, 15, turut memakai pakaian yang mempunyai warna tersebut. 
Sevenraj berkata, minatnya terhadap warna berkenaan bermula sejak dia muda lagi. 
Menurutnya, dia memilih kedua-dua warna itu kerana dia mahu mewujudkan identitinya yang tersendiri. 
Menurut Puspha: "Lapan belas tahun lalu apabila saya berkahwin, ia merupakan sesuatu yang baharu buat saya (minat suaminya dengan warna itu). Selepas itu, saya memahami kegilaan suami saya dan memberi sokongan kepadanya." 
Sevenraj juga meminati nombor 7777. 
Kereta ahli perniagaan dan blazer yang dipakainya mempunyai nombor itu. - Agensi/Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.