Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 11 Ogos 2014

Harimau Bengal Semakin Berani

Seorang suami kaku melihat seekor harimau membaham sebelum mengheret isterinya ke dalam hutan (Foto hiasan)

Seekor harimau dirakamkan menyeberang delta Sunderbands (di selatan Kolkata) pada bulan April 2014. Foto: AP

Pakar alam sekitar berkata, habitat harimau semakin terancam menyebabkan mereka menjadi ganas. Foto: AP


KOLKATA - Seekor harimau membaham sebelum mengheret seorang wanita ke dalam hutan di depan suaminya. 
Pasangan itu bersama seorang jurumudi bot dikatakan menangkap ketam di sungai cetek di Benggala Barat Jumaat lalu. 
Haiwan itu menerkam dan mengheret wanita berkenaan ke paya bakau di Hutan Pirkhali kawasan yang terkenal dengan beberapa siri serangan haiwan buas itu, sementara suaminya kaku melihat kejadian berkenaan. 
Pegawai hutan Nabin Chandra berkata, operasi mencari dijalankan selepas pihaknya menerima laporan daripada suami mangsa. 
Bagaimanapun, usaha itu gagal menemui sebarang kesan mangsa. 
Serangan berlaku di Sunderbans, kawasan paya bakau, tempat mengalirnya Sungai Ganges ke Teluk Benggala. 
Ia kes keenam yang dilaporkan tahun ini. 
Menurut pakar alam sekitar, habitat harimau yang semakin terancam memaksa haiwan itu meluaskan kawasan memburu makanan. 
Jun lalu, harimau benggala menerkam lelaki di dalam bot dan mengheretnya ke kawasan paya bakau di depan beberapa anaknya. 
Difahamkan, keluarga yang diserang harimau itu juga bekerja sebagai pemungut ketam di Taman Hutan Negara Sunderbans. 
Kira-kira 3,200 harimau dipercayai masih berkeliaran di hutan di seluruh India. - Agensi/myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.