Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 22 Ogos 2014

Terkena Sial Ketika Buang Sial

Seorang warga emas di Miri kerugian RM83,000 kerana tertipu akibat cuba membuang sial. Foto: Wikipedia

Penipuan dikatakan dilakukan oleh bomoh Cina di Pasar Besar Krokop. Foto: Panoramio


MIRI - Akibat terpedaya taktik licik tiga wanita termasuk seorang bomoh, seorang warga emas kerugian RM83,000 apabila menyerahkan sejumlah wang tunai dan barangan kemas miliknya konon untuk membuang sial di Pasar Krokop, di sini kelmarin. 
Dalam kejadian pukul 8 pagi mangsa, Voon Phet Choo, 57, telah diperdaya oleh dua orang wanita yang tidak dikenali selepas dia bertanya kepada salah seorang wanita itu mengenai khidmat bomoh Cina di Pasar Besar Krokop di bandar ini. 
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, kedua-dua wanita itu kemudian mempelawa dan membawa mangsa untuk berjumpa bomoh yang merupakan rakan mereka. 
"Mangsa seorang wanita yang bersetuju atas pelawaan suspek telah dibawa ke satu lokasi sebelum dia arah mengeluarkan sejumlah wang dan barang berharga untuk tujuan perubatan tradisional membuang sial. 
"Suspek masing-masing berusia 40-an turut memberitahu kepada mangsa, suaminya akan mati jika dia tidak berbuat demikian," katanya di sini semalam. 
Ujarnya, bimbang akan keselamatan suaminya, mangsa menuruti arahan suspek dengan mengeluar sejumlah wang dan menyerahkan barang kemas miliknya bernilai RM83,000 untuk dijampi sebelum barangan itu diserah kembali kepadanya dalam satu bungkusan. 
Katanya, apabila mangsa pulang dan membuka membuka bungkusan itu dia mendapati wang tunai dan barang kemas berkenaan lesap dan diganti dengan garam dan minuman. 
"Mangsa yang curiga dengan perbuatan ketiga-tiga suspek kemudian membuat laporan polis pada hari kejadian," katanya. - Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.