Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 14 Mei 2013

Aksi Kucing Buka Pintu Rumah

Leon melompat dan bergayut pada pemulas kunci pintu, menggunakan berat tubuhnya untuk memusing pemulas ke bawah

Setelah pintu terbuka, Leon menyelinap keluar

Apabila bertemu pintu beikutnya, sekali lagi Leon melakukan aksi yang sama

Leon bergayut pada pemulas kunci pintu sehingga daun pintu terbuka

Sampai di luar, Leon melangkah turun ke bawah ikut tangga

Apabila sampai ke pintu berikutnya, sekali lagi Leon melompat dan bergayut

Kali ini, Leon berjaya membuka pintu terakhir dan menyelinap ke luar

Berjaya: Kini Leon santai di luar rumah, sambil menghirup udara bebas


Kucing yang dipanggil Leon ini adalah seekor kucing yang istimewa dan lucu, yang tinggal di Skopje, Macedonia. 
Leon telah berjaya membuktikan kepada dunia bahawa kucing pun boleh membuka pintu rumah. 
Caranya, Leon akan melompat dan bergayut pada pemulas kunci pintu, menyebabkan pemulas kunci pintu bergerak ke bawah didorong oleh berat tubuhnya. 
Apabila pintu terbuka, Leon akan keluar melalui pintu tersebut. 
Sekali lagi apabila sampai ke pintu berikutnya, Leon akan melakukan aksi yang sama iaitu melompat ke arah pemulas kunci pintu dan bergayut sehingga pintu tersebut terbuka. 
Setelah melalui beberapa pintu, Leon akhirnya berjaya keluar dari rumah dan bersantai di luar. 
Aksi Leon membuka pintu dan keluar itu dirakam dan dihantar ke Youtube oleh Marjan Kirovski.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.