Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Ahad, 5 Mei 2013

Pokok Mengeluarkan Bunyi Ketika Dahaga

Penyelidik menggunakan hidrogel untuk mendedahkan pokok kepada persekitaran tiruan yang kering, menyebabkan pokok mengeluarkan bunyi

Tindakan pokok menyerap kelembapan dari tanah mewujudkan gelembung udara yang mengeluarkan bunyi

Saintis percaya mereka telah berhasil merakam bunyi pokok tercungap-cungap dahagakan air. 
Sama seperti manusia membuat bising jika terdesak, pokok-pokok hidup menghasilkan bunyi ultrasonik kerana hendak menyerap kelembapan untuk terus hidup ketika kemarau. 
Bunyi itu adalah seratus kali lebih cepat daripada yang boleh didengar oleh telinga manusia, tetapi pasukan yang diketuai oleh ahli fizik Perancis, Philippe Marmottant dari Universiti Grenoble percaya, mereka telah dapat memperlahankan bunyi tersebut untuk didengar semasa eksperimen makmal baru-baru ini. 
Mereka menggunakan hidrogel terhadap pokok hidup.

Gel ini kemudiannya mendedahkan pokok kepada persekitaran tiruan yang kering, membolehkan penyelidik mendengar pokok mengeluarkan bunyi. 
Bunyi terhasil daripada gelembung udara yang naik dan kemudian menghilang, proses yang dipanggil peronggaan. 
Semasa daun pokok mengumpul karbon dioksida, ia membuka liang, menyebabkan pokok terdedah kepada kehilangan air. 
Untuk mengatasi hal ini, pokok mengumpul air dari dalam tanah melalui sistem akarnya. 
Tindakan pokok menyerap kelembapan dari tanah mewujudkan gelembung udara. 
"Kita boleh menjejaki penyetaraan buih, dan apa yang kita dapati adalah majoriti bunyi yang kita dengar berkaitan dengan buih," kata Marmottant. 
"Saya katakan majoriti, kerana mungkin ada sebab-sebab lain seperti keretakan di dalam kayu atau serangga. Tetapi majoriti bunyi yang berlaku semasa peronggaan (buih udara kecil yang muncul di dalam air) adalah disebabkan oleh buih ini." 
Para saintis kini berlumba-lumba untuk mencuba dan menggunakan peralatan yang mampu mendengar bunyi-bunyi yang unik yang dihasilkan oleh alam semula jadi. 
Marmottant berkata beliau dalam perbincangan awal dengan ahli biologi untuk menghasilkan sensor. 
"Ahli biologi mempunyai pengalaman yang baik untuk melakukan hal ini, jadi kami berharap kajian kami akan membawa beberapa maklumat baru mengenai bunyi-bunyi yang boleh didengar daripada pokok-pokok," katanya. - MailOnline


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.