Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Sabtu, 4 Mei 2013

Pendakwa Raya Pakistan Ditembak Mati

Keadaan kereta yang dipandu oleh mangsa selepas insiden serangan itu. Gambar kecil, Ali. Foto: Sinar Harian

Jenazah Ali berbalut kain putih semasa dalam ambulan dalam perjalanan ke hospital. Foto: Reuters

ISLAMABAD - Pendakwa raya yang mengendalikan kes pembunuhan bekas Perdana Menteri, Benazir Bhutto ditembak mati semasa dalam perjalanan ke mahkamah di Islamabad, semalam. 
Dipetik AFP, Chaudhry Zulfiqar Ali dipercayai telah ditembak beberapa kali selepas sekumpulan lelaki bersenjata memintas kereta dipandunya. 
Pegawai polis, Mohammad Yousuf memaklumkan ketika kejadian, Ali turut merempuh seorang pejalan kaki selepas keretanya hilang kawalan. 
"Siasatan awal mendapati beliau diserang dari dua sudut berbeza," katanya. 
Difahamkan, sebelum insiden menggemparkan itu, beliau pernah menerima ancaman menerusi panggilan telefon yang dibuat dari Afghanistan.

Sementara itu, petugas perubatan memaklumkan beliau meninggal dunia sebelum tiba di hospital. 
Tahun lalu, Ali pernah diberikan kawalan keselamatan ketat selepas beliau mendakwa polis penyiasat kes Bhutto ada menerima ugutan. - Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.