Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 17 Mei 2013

Remaja Perempuan Gigit Zakar Teman Lelaki

Krystle Harrison, 19, menggigit kemaluan teman lelakinya

Krystle Harrison bersama teman lelakinya, Jeffrey Wilkinson


Seorang remaja perempuan telah ditangkap kerana menggigit zakar teman lelakinya selepas lelaki itu menolak untuk mengadakan hubungan seks dengannya. 
Krystle Harrison, 19, menyerang ayah kepada anaknya di rumah pasangan itu di Florida, menurut kenyataan polis. 
Menurut polis, apabila Jeffrey Wilkinson menolak kehendak Krystle, perempuan itu merentap dan menggigit kemaluan lelaki itu. 
Pasangan itu berada di atas katil di rumah mereka di Bradenton lewat malam tadi apabila Krystle 'mahu mengadakan hubungan seks', menurut laporan Pejabat Sheriff Manatee County. 
Krystle menyentuh Wilkinson, 24, tetapi lelaki itu memberitahu perempuan itu 'beberapa kali bahawa beliau tidak mahu," kata timbalan Sheriff. 
Wilkinson memberitahu polis bahawa selepas menolak kemahuan teman wanitanya, perempuan itu merentap dan mengetap zakarnya. Selepas itu, dia menolak perempuan itu dan pergi meninggalkan rumah mereka. 
Teman wanitanya mengikutinya keluar dan mendakwa perempuan itu telah menamparnya di muka dan meludahinya. 
Wilkinson juga 'mengalami calar kecil pada bahagian atas dadanya' semasa bertengkar dengan Krystle, yang telah menjadi teman wanitanya selama tiga tahun. 
Krystle telah ditangkap kerana melakukan perbuatan kurang baik. 
Wilkinson berkata beliau tidak mahu membuat tuduhan terhadap ibu kepada bayi lelakinya, dan enggan melengkapkan afidavit bersumpah tentang pergaduhan itu. 
Beliau juga enggan menerima rawatan perubatan atas kecederaan yang dialaminya. - MailOnline


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.