Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 2 Mei 2013

Cedera Akibat Belon Gergasi Meletup

Mohd Badrul Izzat (kiri) bersama sepupunya menunjukkan cebisan belon yang meletup bersama tong berisi sisa belerang.

KOTA BHARU - Kegembiraan seorang lelaki menyemarakkan suasana kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bertukar tragedi apabila belon gergasi yang di pam meletup menyebabkan dia melecur di muka dan sebahagian anggota badannya. 
Kejadian berlaku di Kampung Siti Manis, Kedai Buloh di sini, pada jam 12.30 tengah hari, kelmarin. 
Mangsa, pekerja kedai komputer, Mohd Badrul Hisham Mohd Abd Ghani, 30, cedera di muka, kedua-dua tangan dan kaki hingga paras lulut akibat terkena serbuk belerang yang dimasukkan ke dalam belon itu. 
Adik mangsa, Mohd Badrul Izzat, 28, berkata, ketika itu, abang bersama neneknya, Mariam Daud, 65, berada di rumah. 
“Dia mengepam belon itu menggunakan pam tayar basikal yang disambung menggunakan kuasa bateri kereta. Tidak sampai tiga minit, belon yang selesai dipamkan bersama belerang itu meletup seperti bom. 
“Nenek yang terkejut mendengar letupan itu, pengsan serta-merta tetapi mangsa masih sedarkan diri dan merasa panas di muka, lengan dan kaki sebelum masuk ke dalam rumah serta mandi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kedai Buloh di sini, semalam. 
Menurutnya, akibat tidak tahan rasa panas, abangnya meminta pertolongan jiran untuk dihantar ke hospital. 
“Dia kemudian terus dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Raja Perempuan Zainab II. Kata doktor keadaannya stabil tetapi masih memerlukan bantuan mesin pernafasan. Kulit mukanya menjadi hitam seperti terbakar sementara tangan dan kakinya berbalut,” katanya. - Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.