Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 28 Mei 2013

Doktor Didakwa Bunuh Wanita Hamil

Salim ditangkap pada Februari lalu dan didakwa kerana menculik, memperkosa dan membunuh wanita hamil dan bayi wanita itu

Salim mendapat ijazah doktor perubatan di Kolej Perubatan Raja Edward di Universiti Punjab pada 1993. Foto: dispatch.com

Deanna Ballman hilang selepas mengunjungi kediaman suspek. Foto: nbc4i.com


NEW ALBANY - Seorang doktor di negeri Ohio, Amerika Syarikat (AS) didakwa kerana membunuh seorang ibu beranak dua yang sedang mengandung. 
Pegawai perubatan itu, Dr. Ali Salim menggunakan laman web iklan pekerjaan Craiglist untuk mengumpan mangsa dan beberapa wanita lain ke rumahnya. 
Polis dan pihak pendakwa raya AS berkata, pada 31 Julai tahun lalu, mangsa, Deanna Ballman hilang selepas mengunjungi kediaman suspek di sini untuk menawarkan khidmat membersihkan rumah. 
Ketika kejadian, mangsa yang baru bercerai sedang hamil sembilan bulan. 
Mayat Ballman ditemui pada keesokan hari di tempat duduk belakang keretanya beberapa kilometer dari rumah Salim. 
Selepas siasatan polis selama enam bulan, Salim ditangkap pada Februari lalu dan didakwa kerana menculik, memperkosa dan membunuh Ballman dan bayinya. 
Dia turut dituduh menyuntik heroin ke dalam tubuh mangsa sehingga meragut kedua-dua nyawa tersebut. 
Salim mengaku tidak bersalah berhubung tuduhan tersebut. Dia kini dikenakan tahanan di dalam rumah selepas membayar bon jaminan AS$1 juta (RM3 juta). 
Doktor berkenaan akan dibicarakan pada 3 September depan. 
Sebelum ditemui mati, mangsa memberitahu ibunya bahawa dia mahu mengunjungi kediaman Salim berhubung tawaran kerja membersihkan rumah. 
"Namun, kami mendapati itu bukan sebenarnya yang berlaku," kata Pendakwa Raya Daerah Delaware, Carol O'Brien. 
Salim, 44, masih bujang dan berasal dari Pakistan. Dia mendapat ijazah doktor perubatan di Kolej Perubatan Raja Edward di Universiti Punjab pada 1993. 
Dia kemudian menjadi doktor di wad kecemasan sebuah hospital di Mount Vernon, tengah Ohio. 
Lembaga Perubatan Ohio membatalkan lesen amalan perubatan Salim susulan dakwaan jenayah tersebut. 
Suspek yang merupakan penduduk tetap AS tidak mempunyai rekod salah laku amalan perubatan atau rekod jenayah lampau. 
Dia dipercayai mendapat pendapatan lumayan dan tinggal di sebuah rumah berharga AS$305,000 (RM925,522) di sini. 
Doktor berkenaan turut memiliki beberapa kereta mewah termasuk sebuah Porsche dan Infiniti. 
Menurut rekod yang diperoleh agensi berita Associated Press suspek pernah disaman sekurang-kurangnya 15 kali sejak 2000 kerana memandu laju. 
Dalam perkembangan berkaitan beberapa wanita pernah membuat laporan polis kerana mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual oleh Salim semasa berada di rumahnya berhubung iklan pekerjaan yang ditawarkan oleh suspek. - AP/Kosmo! Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.