Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Sabtu, 18 Mei 2013

Pelajar Agama Maut Digilis Tayar Traktor

Maut digilis traktor
Mangsa digilis oleh traktor dan ditemui maut di kawasan bertanda bulat. Foto: Sinar Harian

Foto
Mohd Sayuti mati serta-merta di tempat kejadian. Foto: myMetro


KULIM - Kegembiraan tiga pelajar lelaki berusia 15 tahun dikatakan memandu traktor di kawasan tanah lapang di sebuah sekolah agama di sini berubah menjadi tragedi apabila salah seorang dari mereka terbunuh apabila terjatuh daripada kenderaan berkenaan. 
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang kelmarin apabila mangsa dan dua lagi rakannya dikatakan memandu traktor diletakkan di belakang kawasan sekolah itu. 
"Tiba-tiba traktor yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum merempuh bangsal berdekatan. 
"Traktor dinaiki ketiga-tiga pelajar ini hilang kawalan, dua daripada rakannya sempat melompat menyelamatkan diri, bagaimanapun mangsa gagal," katanya kepada Sinar Harian, semalam. 
Mangsa dikatakan terjatuh akibat daripada hentakan pelanggaran sebelum terpelanting dan maut digilis traktor berkenaan. 
Remaja berkenaan dipercayai maut akibat kecederaan dalaman dan tulang belakang. 
Menurut sumber, mangsa dikebumikan di kampung datuknya di Kuala Ketil jam 10.45 pagi semalam, bagaimanapun sehingga kini polis masih belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian. 
Katanya, mayat mangsa dibedah siasat di Hospital Kulim bagi mengenalpasti punca kematian dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat. 
Traktor berkenaan sebelum ini digunakan untuk kerja-kerja menambak dan meratakan tanah bagi menaiktaraf sekolah agama berkenaan. 
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulim, Ahmad Ridwan Yahaya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.09 petang berhubung kejadian malang itu. 
“Apabila tiba di sana, kami mendapati mangsa berada di bawah tayar traktor dalam keadaan kaku. Saya kemudiannya mengarahkan anggota menarik traktor berkenaan bagi mengeluarkan mangsa. 
"Setelah berjaya dikeluarkan, mangsa disahkan meninggal dunia oleh kakitangan hospital yang berada di tempat kejadian," katanya. - Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.