Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Sabtu, 18 Mei 2013

Masjid Sunni Di Baghdad Dibom

Mayat bergelimpangan di sebatang jalan di Baqouba selepas dua bom meletup di luar masjid Sunni di pinggir Baghdad

Seorang lelaki yang cedera sedang dirawat di hospital

Lelaki ini cedera selepas dua bom meletup di luar masjid Sunni di Baqouba

Orang ramai menyelamatkan mangsa yang maut dan tercedera semalam. Sekurang-kurangnya 58 maut dalam kejadian itu. Foto: AP

BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 58 maut dalam satu letupan bom di kawasan penduduk Sunni di Baghdad dan kawasan sekitarnya ketika jemaah keluar menunaikan solat Jumaat dari sebuah masjid di pinggir Baghdad, semalam. 
Kejadian itu yang dianggap tragedi berdarah paling tinggi di Iraq dalam masa dua bulan. 
Serangan terbaru di Baghdad dan kawasan sekitarnya itu menyaksikan angka korban meningkat kepada lebih 100 orang dalam masa tiga hari. 
Serangan itu termasuk di kawasan penduduk Syiah membabitkan sebuah hentian bas, pasar harian dipercayai membabitkan puak fahaman berbeza Islam. 
Keadaan tegang berlaku sejak puak Sunni mula melancarkan tunjuk perasaan mengenai layanan yang diberikan kerajaan yang dikuasai golongan Syiah, termasuk penahanan rambang. 
Serangan awal pada Jumaat berlaku ketika jemaah Sunni mahu meninggalkan masjid utama di Baqouba, kawasan kubu kuat golongan itu yang terletak kira-kira 60 kilometer dari timur laut Baghdad. 
Satu lagi letupan berlaku selang beberapa minit ketika orang ramai berkumpul untuk membantu mereka yang cedera. 
Menurut polis, sekurang-kurangnya 41 maut manakala 56 lagi cedera. 
Mayat bergelimpangan di sekitar jalan berhampiran masjid berkenaan. - AP/Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.