Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Ahad, 19 Mei 2013

Kereta Api New York Berlanggar Di Connecticut

Pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian di Fairfield, Connecticut

Penumpang yang cedera dibawa keluar dari koc. Siasatan punca perlanggaran sedang dijalankan

Penyiasat berada di tempat kejadian kemalangan itu hingga ke malam

Seramai 60 mangsa kemalangan kereta api telah dikejarkan ke hospital

Wanita ini merupakan salah seorang mangsa kemalangan kereta api

Kereta api dalam perjalanan ke stesen New Haven telah tergelincir dan kemudian dilanggar oleh sebuah kereta api lain

Dua kereta api komuter ini berlanggar pada petang Jumaat ketika waktu puncak


FAIRFIELD (New York) - Dua kereta api bandar raya New York berlanggar di Connecticut ketika waktu puncak petang Jumaat, menyebabkan 60 orang dihantar ke hospital, termasuk lima yang dalam keadaan kritikal, kata Gabenor Connecticut, Dannel Malloy. 
Kira-kira 700 orang berada dalam kereta api Metro-North yang dalam perjalanan dari New York City ke New Haven, timur bandar raya itu apabila ia tergelincir kira-kira jam 6.10 petang. 
Kereta api itu kemudian dirempuh oleh sebuah lagi kereta api dari New Haven menuju ke Stesen Grand Central di landasan bersebelahan. 
Jurucakap pihak berkuasa pengangkutan Metropolitan, Aaron Donovan berkata, beberapa gerabak kereta api kedua turut tergelincir akibat rempuhan itu. 
Lola Oliver, 49, dari Bridgeport menaiki sebuah daripada kereta api berkenaan apabila nahas menyebabkan dia tercampak dari tempat duduknya. 
Apa yang saya tahu, saya sudah tercampak ke udara, melanggar tempat duduk, terbuai, melayang ke lorong di antara tempat duduk dan akhirnya berhenti atas satu tempat duduk. “Saya hanya berpaut erat kerana merasakan kereta api berkenaan menggelongsor,” katanya ketika ditemui, semalam. 
Lola berkata, semuanya berlaku dengan pantas. 
Polis malam semalam belum dapat memastikan punca kereta api pertama itu tergelincir dari landasan. Malloy pula berkata, berkata tiada sebab lain untuk dipercayai selain ia adalah satu kemalangan. “Kami sangat bimbang dengan kecederaan dan akan membuka semula sistem itu,” katanya dari tempat kejadian kira-kira tiga jam selepas nahas. 
Gabenor itu berkata, kebanyakan penumpang hanya cedera ringan tetapi ada antara mereka yang cedera parah, termasuk seorang daripadanya “sangat kritikal”. Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional menghantar pasukannya untuk siasatan. - AP/myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.