Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Ahad, 26 Mei 2013

Mudahnya Wanita Ini Bersalin

Amy Beth Cavaretta terpaksa bersalin di atas kerusi roda di laluan pejalan kaki di luar Hospital Boca Raton

Kejadian dirakam oleh Jurugambar akhbar South Florida Sun Sentinel, Emily Robinson

Suami Amy, Joe Cavaretta gembira dengan kelahiran anak kedua mereka

Emily menemani Amy dan suaminya, Joe Cavaretta, dari rumah ke hospital


TALLAHASSEE (Florida): Amy Beth Cavaretta dalam perjalanan ke hospital untuk melahirkan anak kedua apabila bayi itu ‘tidak sabar’ menunggu lebih lama, memaksa proses itu berlangsung hanya di atas kerusi roda di luar hospital. 
Jurugambar akhbar South Florida Sun Sentinel, Emily Robinson memilih Amy sebagai subjek fotografinya kerana menyedari wanita terbabit mempunyai sejarah mudah bersalin. 
Justeru, Emily menemani Amy dan suaminya, Joe Cavaretta, dari rumah ke hospital. 
Sebelum mereka sempat masuk ke hospital, Amy bersalin dengan bantuan bidan, Laurie Ross-Berke, yang memang sedia menunggu di luar bangunan. 
Cavaretta meletakkan Amy di atas kerusi roda dan anak mereka, Sienna, disambut Laurie di kaki lima depan hospital. 
Satu daripada gambar dirakam Emily menunjukkan Cavaretta begitu emosi menyambut kedatangan Sienna. - AP/myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.