Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 30 Mei 2013

Bahan Kimia Untuk Hidupan Terdapat Di Marikh

Selepas masalah komputer dapat diatasi, kenderaan robotik Curiosity telah kembali meneruskan eksperimen sains

Imej yang diambil oleh kamera Mast (Mastcam) NASA pada kenderaan robotik Curiosity mendedahkan warna dalaman batu ini


Minggu lepas, lengan gerudi kenderaan robotik digunakan untuk mengumpul sampel serbuk dari bahagian dalam batu yang dikenali sebagai 'Cumberland.' Sampel tersebut kini sedang dianalisa. 
Pada bulan Mac lalu, data dari kenderaan robotik Curiosity mendedahkan bahawa batu yang terletak berhampiran dengan tapak pendaratan Gale Crater mengandungi semua bahan-bahan kimia yang diperlukan untuk kehidupan mikrob. 
Ahli-ahli sains tidak sabar untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai sampel batu, yang telah digerudi keluar dari kepingan batuan di kawasan yang dikenali sebagai Yellowknife Bay. 
Mereka telah mengenal pasti sulfur, nitrogen, hidrogen, oksigen, fosforus dan karbon, iaitu bahan-bahan kimia yang penting untuk kehidupan, berdasarkan serbuk yang digerudi oleh kenderaan robotik Curiosity dari enapan batu berhampiran tapak sungai purba. 
Kenderaan robotik berharga AS$ 2.5 bilion (RM7.5 bilion) mendarat di planet Marikh pada 6 Ogos 2013 untuk mengkaji persamaan planet ini dengan bumi atau jika ia pernah mempunyai bahan-bahan kimia dan persekitaran untuk kehidupan mikrob. 
Ahli-ahli sains akhirnya merancang untuk memandu kenderaan robotik ke bukit tinggi 5 km dari kawasan Gale Crater. - MailOnline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.