Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 13 Mei 2013

Kerajaan AS Lelong Bekas Pesawat Presiden

Perkhidmatan Pentadbiran Kerajaan AS melelong pesawat McDonnell Douglas DC9-32. Bidaan bermula pada 15 Mei

Terdapat 32 tempat duduk di dalam kabin utama

 Di kabin hadapan, terdapat 10 tempat duduk VIP yang pernah digunakan oleh para pemimpin kerajaan

Air Force One merujuk kepada tanda kawalan trafik udara pesawat Tentera Udara yang membawa Presiden AS

Pesawat ini sekarang berada di Lapangan Terbang Phoenix / Mesa Gateway, menunggu masa untuk dilelong

Sebuah daripada dua pesawat Boeing 747 Tentera Udara AS yang terbang secara bergilir sebagai Air Force One pada masa ini

Presiden Barack Obama, keluar dari pesawat Air Force One semasa tiba di Austin, Texas pada 9 Mei


Kerajaan Amerika Syarikat (AS) melelong sebuah pesawat jet dari armada presiden yang pernah digunakan sebagai Air Force One sekitar tahun 1975-2005. 
Perkhidmatan Pentadbiran Kerajaan akan menganjurkan lelongan untuk pesawat McDonnell Douglas DC9-32, yang kini disimpan di lapangan terbang Mesa, Arizona. 
Lelongan akan bermula pada 15 Mei. 
Tawaran permulaan bagi pesawat berkenaan adalah US$50,000 (RM150,000). 
Pesawat dengan nombor ekor N681AL dan nombor siri 731681 itu, mempunyai 32 tempat duduk di kabin utama dan 10 tempat duduk VIP di kabin hadapan, menurut gambar-gambar di laman web GSA. 
Perkhidmatan pesawat ini pernah digunakan enam presiden Amerika Syarikat dari Februari 1975 hingga September 2005. 
Walaupun ia bukan pesawat utama, namun ia dikatakan pernah berkhidmat sebagai Air Force One beberapa kali untuk presiden. 
Ia juga pernah membawa Naib Presiden, Wanita Pertama, ahli-ahli kabinet, pemimpin tentera, pemimpin-pemimpin Kongres dan ketua negara asing dalam tempoh 30 tahun ia beroperasi. 
Air Force One merujuk kepada mana-mana pesawat Tentera Udara AS yang membawa presiden. 
Franklin Delano Roosevelt adalah presiden yang pertama menggunakan pesawat terbang semasa memegang jawatan. 
Sebelum 1940-an, kereta api merupakan kemudahan yang paling berkesan untuk pengangkutan. 
Pesawat presiden mula diperkenalkan pada tahun 1943, apabila terdapat kebimbangan pihak tentera terhadap keselamatan presiden yang menggunakan penerbangan komersial semasa Perang Dunia II. 
Presiden Roosevelt adalah Panglima Tertinggi Angkatan Tentera AS yang pertama menggunakan khidmat Air Force One, apabila beliau diterbangkan menggunakan pesawat C-54 SKYMASTER ke Persidangan Yalta pada Februari 1945. 
Istilah 'Air Force One' digunakan sebagai tanda kawalan lalu lintas udara rasmi untuk pesawat presiden pada tahun 1953. 
Pelbagai pesawat dalam armada presiden pernah digunakan untuk membawa presiden. 
Pada tahun enam puluhan, Tentera Udara menetapkan Boeing 707 sebagai pesawat utama untuk presiden. 
Sejak tahun 1990-an, dua pesawat Boeing 747 Tentera Udara AS telah digunakan untuk membawa presiden.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.