Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Sabtu, 4 Mei 2013

Rakyat Jepun Tolak Cadangan Pinda Perlembagaan

Perdana Menteri, Shinzo Abe, cadang pinda Perlembagaan Jepun untuk kurangkan kebebasan sivil. Foto: thetimes

Penunjuk perasaan membawa karikatur menggambarkan Perdana Menteri Jepun memakai seluar dalam. Foto: AP

TOKYO - Beratus-ratus rakyat Jepun, berkumpul di pusat bandar ibu kota negara itu semalam dalam bantahan aman menentang desakan Perdana Menteri, Shinzo Abe, untuk meminda Perlembagaan dan memberikan lebih kuasa kepada kerajaan untuk mengurangkan kebebasan sivil.
Parti pembangkang, kumpulan buruh, pertubuhan agama dan individu keluar untuk berarak dari taman berhampiran Istana Maharaja ke daerah beli belah Ginza, mengetuk drum dan melaungkan bantahan mereka terhadap tindakan oleh Abe dan Parti Liberal Demokratik yang memerintah. 
Jepun meraikan ulang tahun ke-66 Perlembagaannya semalam, yang juga hari cuti umum di negara itu. 
Penyokong pindaan Perlembagaan mahu mengubah kewajipan pindaan Perlembagaan mendapat kelulusan dua pertiga dalam kedua-dua dewan di Parlimen selepas diadakan pungutan suara. Mereka mahu mengubah ia kepada kelulusan majoriti mudah di Parlimen sebelum pungutan suara. 
Pembangkang berkata, perubahan seperti itu membolehkan kerajaan merendahkan kebebasan sivil. Mengukuhkan kebimbangan itu adalah cadangan Liberal Demokrat bahawa desakan bagi menjadikan kebebasan sivil seperti kebebasan bercakap dan bersuara tidak penting kepada kepentingan awam. 
“Perlembagaan bertujuan melindungi rakyat dan hak mereka daripada kerajaan. Apa yang mereka mahu lakukan adalah mengubah perkara itu,” kata Hiroshi Honna, anggota kumpulan keluarga mangsa serangan udara Perang Dunia Kedua.
Beliau antara berpuluh-puluh kumpulan yang menyampaikan risalah dan berarak dalam Perarakan Ginza. 
Perlembagaan Jepun ditulis oleh pegawai Amerika Syarikat dengan matlamat utama menahan Jepun daripada mendapat semula senjata selepas Perang Dunia Kedua.– AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.