Kawasan ini memang kerap dilanda puting beliung namun jarang menyebabkan kematian
Angin puting beliung melanda Granbury, Texas pada petang Rabu
Ribut puting beliung disertai hujan batu
Angin ribut disertai kilat menerangi langit di Cleburne, Texas
Derrek Grisham (kiri) menunjukkan kerosakan rumah ibunya di Hyde Park Lane di Cleburne, Texas
Sebuah treler syarikat trak di kawasan Cleburne terbalik akibat puting beliung
Seorang budak lelaki dibawa ke hospital di Granbury, Texas selepas ribut puting beliung reda
Selain wanita ini, terdapat ramai lagi mangsa yang cedera
Johnny Ortiz (kiri) dan James South (kanan), mengangkat Miguel Morales yang cedera ke dalam ambulans di Granbury, Texas
Seorang kanak-kanak menunggang basikal dekat rumah yang rosak teruk di Cleburne. Tiada kematian dilaporkan di sini
Pasukan Kecemasan mencari mangsa yang terselamat pada hari Khamis manakala mangsa mencari harta-benda yang terselamat
Sebuah kereta terbalik dan pokok hancur berdekatan rumah yang dilesap ditiup puting beliung di Granbury
Dua petugas sedang memeriksa sebuah kereta yang ditimpa dahan-dahan pokok
Sebuah treler yang diletakkan di atas jalan raya ditiup puting beliung ke arah rumah Lindsay Lane di Cleburne
Pekerja utiliti bertungkus-lumus memulihkan bekalan kuasa elektrik di kawasan Cleburne pada pagi Khamis
Keluarga pemilik rumah ini kini kehilangan tempat tinggal dan memerlukan tempat perlindungan sementara
Anggota penyelamat sedang menjalankan kerja mencari
Lagi kerja mencari dijalankan oleh anggota pasukan penyelamat pada Khamis
Lisa Montgomery yang tinggal di Cleburne menekup tangannya kerana terkejut dengan keadaan rumahnya
Pemandangan dari udara menunjukkan sebuah rumah yang rosak teruk di Granbury
Terdapat rumah yang telah lenyap dari muka bumi manakala rumah yang tinggal rosak teruk
Beratus-ratus penduduk kehilangan tempat tinggal
Enam orang maut dan berpuluh-puluh lagi cedera
DALLAS - Sekurang-kurangnya enam orang maut dan berpuluh-puluh lagi cedera selepas tiga puting beliung melanda kawasan Dallas-Fort Worth di Texas kelmarin (Rabu).
Angka korban mungkin meningkat ketika anggota penyelamat memeriksa kediaman pada waktu malam dan keadaan gelap menghalang mereka melihat kemusnahan secara menyeluruh, kata Sherif Hood County, Roger Deeds.
Tiga taufan itu disahkan melanda kawasan utara dan tengah Texas dengan bandar Granbury, 56 kilometer di barat laut Fort Worth paling teruk.
Kesemua yang terbunuh disahkan ditemui sekitar kawasan perumahan Rancho Brazos.
Pada masa ini, ada 14 orang lagi yang belum ditemui. Tiga taufan dilaporkan melanda, kata Deeds.
Jurucakap agensi bantuan Medstar Mobile Healthcare, Matt Zavadsky, berkata 100 orang cedera kerana taufan itu.
Belum diketahui sejauh mana kerugian kerana kemusnahan hartanah. Leftenan Kathy Jividen berkata, banyak kediaman musnah dan pokok tumbang.
Kami sedang memeriksa setiap rumah ketika ini, katanya.
Di Granbury, paderi Dean Porter berkata dia berada di tempat letak kereta apabila melihat taufan menghampiri dan segera lari masuk semula ke dalam gereja.
Apa yang berlaku ialah taufan itu berada tidak jauh dari tempat kami sebelum melalui kawasan tempat kuda dan bangunan lain yang musnah, kata Porter.
Selain Granbury, satu taufan melanda daerah Cleburne yang mempunyai 30,000 penduduk manakala puting beliung ketiga melanda Millsap, ke barat Fort Worth. - REUTERS/AGENSI/Berita Harian























Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.