Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 27 Mac 2014

Merengkuk 32 Tahun Di Penjara Tanpa Kesalahan

Mary Virginia Jones, 72, dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara 32 tahun kerana kes bunuh yang beliau tidak melakukannya

Seorang sahabat Jones terharu dengan pembebasannya selepas 32 tahun merengkuk di penjara

Pembebasan Jones hasil usaha keras sekumpulan penuntut bidang undang-undang

Mary Virginia Jones disabitkan bersalah pada 1981 kerana membunuh, menculik dan merompak


LOS ANGELES - Seorang wanita berusia 74 tahun dibebaskan kelmarin selepas menjalani hukuman penjara selama 32 tahun kerana kes bunuh yang ditegaskan beliau tidak dilakukannya. 
Pembebasannya hasil usaha keras sekumpulan penuntut bidang undang-undang. 
Mary Virginia Jones disabitkan bersalah pada 1981 kerana membunuh, menculik dan merompak. 
Isnin lalu, Hakim William Ryan dari Mahkamah Agung Los Angeles menarik balik sabitan dan mengarahkan beliau dibebaskan. 
Jones dituduh bertindak sebagai rakan subahat dalam pembunuhan pengedar dadah oleh pasangannya ketika itu, Mose Willis. - Berita Harian


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.