Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 24 Mac 2014

Sajian Air Zamzam Bergerak Di Masjidil Haram







MAKKAH - Jemaah di Masjidil Haram kini dibekalkan dengan khidmat air zamzam sejuk bergerak ketika melakukan tawaf. 
Petugas dari Jawatankuasa Hal Ehwal Dua Masjid Suci akan membawa air zamzam dalam beg khas di sekeliling Masjidil Haram dan setiap satu mengandungi 200 cawan air itu. 
Perkhidmatan terbaru itu mula diberikan serentak dengan permulaan musim panas di Makkah. 
Ia mula beroperasi dalam skala yang terhad pada Januari. 
Pada mulanya ia hanya dibekalkan setiap Isnin dan Khamis tetapi dengan pembabitan ramai petugas yang mengendalikan perkhidmatan itu, ia kini meliputi banyak kawasan di Masjidil Haram sepanjang minggu. - Agensi/myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.