|
Fiuslaj Boeing 737 diangkut dengan kereta api ke kilang pengeluaran Boeing di Renton, Washington pada hujung minggu lalu |
|
Fiuslaj ini akan digunakan bagi membina pesawat Boeing 737 generasi baru |
|
Fiuslaj ini dibina di negeri Kansas dan diangkut melintasi pergunungan Rocky ke Renton, negeri Washington |
|
Menjelang tahun 2017, Boeing dan Airbus akan menghasilkan 138 pesawat jet baru sebulan |
|
Dua pekerja Boeing ini mengiringi kargo yang bernilai berjuta-juta dollar yang diangkut dari Kansas ke Washington |
|
Pembinaan pesawat Boeing 737 sebenarnya bermula di kilang Spirit AeroSystems di Wichita, negeri Kansas |
|
Fiuslaj tiba di kilang Boeing di Renton, Washington yang akan melalui transformasi menjadi pesawat yang paling popular di dunia |
|
Foto pemandangan di kilang pengeluaran Boeing 737 di Renton pada 26 Februari 2014. Di belakang ialah bandaraya Seattle |
|
Pembinaan pesawat Boeing 737 di kilang pemasangan Boeing di Renton, Washington pada 4 Februari 2014 |
|
Kerja-kerja memasang sayap pesawat Boeing 737 sedang giat dijalankan di dalam kilang |
|
Pesawat ini bergantung kepada keajaiban teknikal sehingga membolehkan manusia terbang dengan selamat |
|
Boeing terpaksa bersaing sengit dengan Airbus kerana Airbus telah menguasai 60 peratus pasaran dunia |
Pada saya memang mengkagumkan apabila saya melihat gambar-gambar di atas. Pada mulanya, fiuslaj Boeing dibina di kilang Spirit Aerosystems di Wichita yang terletak di negeri Kansas, Amerika Syarikat. Kemudian fiuslaj sepanjang lebih 33 meter itu dimuatkan ke gerabak kereta api kargo.
Selepas itu fiuslaj itu melalui perjalanan sejauh 3,218km dengan kereta api melintasi Pergunungan Rocky, menuju ke Renton yang terletak di negeri Washington.
Di kilang Boeing di Renton, fiuslaj tadi menjalani proses tranformasi sehingga muncul sebagai pesawat yang lengkap dan sempurna.
Mail Online pada 3 Mac 2014 melaporkan, syarikat Boeing sedang berusaha untuk mencapai matlamat pengeluaran 47 buah pesawat jet Boeing 737 dalam sebulan atau 560 setahun menjelang tahun 2017.
Pada masa ini Boeing sedang memperkenalkan pesawat siri 737 model terbaru, 737 MAX atau Boeing 737 Next Generation yang akan menjadi pesawat generasi ketiga siri 737. Model pesawat jenis ini terdapat dalam empat variasi dan mampu menampung antara 110-210 penumpang.
Di pasaran dunia, Boeing terpaksa bersaing dengan pengeluar pesawat konglomerat multinasional Eropah, Airbus yang memperkenalkan model neo A320. Pada ketika ini, Boeing mendapat 1,600 tempahan untuk pesawat 737 MAX, manakala Airbus mendapat 2,400 tempahan untuk pesawat neo A320.
Walau bagaimanapun, jualan pesawat Boeing 737 setakat ini adalah yang paling tinggi dengan lebih 10,500 penghantaran dan pesanan.
Sedar tak sedar rupanya hanya tinggal dua buah syarikat yang bersaing membina dan menjual pesawat komersial di dunia ketika ini.
Apa yang mengkagumkan saya ialah pesawat terbang yang begitu besar pun boleh dijual. Tak sangka pula pengeluaran pesawat boleh melebihi 10 buah sebulan. Tak sangka permintaan pasaran terhadap pesawat komersil begitu tinggi, sehingga pesawat yang belum siap sudah ada pembelinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.