|
Sebuah komuter merempuh platform dan eskalator di stesen tren bawah tanah di Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare |
|
Tren ini dipercayai bergerak dengan laju semasa ia merempuh platform dan eskalator |
|
Stesen komuter ditutup dan pekerja penyelenggaraan memulakan kerja membaiki kerosakan |
CHICAGO, Amerika Syarikat - Sebuah komuter merempuh platform dan eskalator di stesen tren bawah tanah di sini semalam, kata beberapa pegawai.
Seramai 32 orang cedera dalam kejadian yang berlaku di stesen tren tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare.
Punca kejadian masih disiasat Pihak Berkuasa Transit Chicago, Jabatan Bomba dan polis.
Tren itu dipercayai bergerak dengan laju semasa ia merempuh platform dan eskalator.
Bilangan penumpang yang menaiki tren dalam kejadian yang berlaku pada pukul 2.50 pagi waktu tempatan itu masih belum diketahui. - AP/Kosmo!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.