Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 19 Mac 2014

Mickey Mouse Tua Cari Jodoh Untuk Anak

Seorang wanita tua sanggup memakai kostum Mickey Mouse seharian

Yang, 75, berbuat demikian untuk mengumpul wang untuk mencari calon isteri bagi anaknya yang berusia 40 tahun

Yang dengan kostum Mickey Mouse dikerumuni dan bergambar dengan 'peminatnya'

Yang kelihatan keletihan selepas beraksi



HENAN - Seorang wanita berusia 75 tahun sanggup memakai kostum Mickey Mouse yang besar seharian berhampiran taman di Luoyang. 
Dia berbuat demikian untuk mendapatkan bayaran daripada pelancong sebagai cara untuk mengumpul wang untuk mencari calon isteri bagi anaknya yang berusia 40 tahun. 
“Saya perlu mendapatkan duit untuk mencarikan isteri untuk anak saya,” kata Yang. 
Namun, tindakan lelaki itu yang terlalu bergantung kepada hasil usaha ibunya yang terpaksa bersusah payah diselar pelbagai pihak. 
Anak lelaki Yang dikatakan membeli kostum itu dan bercadang menggunakannya sendiri untuk mendapatkan duit tetapi tidak melakukannya kerana mempunyai ‘urusan lain.’ 
Ia menyebabkan ibunya yang sudah tua itu terpaksa menyarung kostum berkenaan bagi membantu si anak. 
Yang berkata dia memakai kostum itu dari pagi hingga ke malam tetapi terpaksa berehat dengan menanggalkan kostum itu setiap sepuluh minit. 
“Kostum berkenaan sangat berat, menyukarkan saya bernafas di dalamnya. Jika saya memakainya terlalu lama, saya akan semput,” katanya. - Agensi/myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.