Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 3 Mac 2014

Menantu Osama Bin Laden Dibicarakan Di New York

Suleiman Abu Ghaith, menantu Osama bin Laden dan bekas jurucakap al-Qaeda menjalani perbicaraan di New York

Osama bin Laden mati dibunuh tahun 2011

Bangunan mahkamah di New York di mana Suleiman Abu Ghaith dibicarakan

Peristiwa 11 September 2001


NEW YORK - Menantu Osama bin Laden dan bekas jurucakap al-Qaeda menjalani perbicaraan di sini hari ini atas tuduhan konspirasi untuk membunuh warga Amerika dan menyokong pengganas. 
Suleiman Abu Ghaith, 48, yang bersama Osama di Afghanistan terkenal mencetuskan ancaman sejurus selepas serangan pada 11 September 2001 yang membunuh 3,000 orang
Suspek yang berasal dari Kuwait itu adalah ahli paling kanan al-Qaeda yang menghadapi perbicaraan di Amerika Syarikat (AS) dan berdepan hukuman penjara seumur hidup di penjara AS jika disabitkan kesalahan. 
Perbicaraannya, yang mungkin menampilkan saksi yang mengaku menjadi perancang serangan pada 11 September, akan diperhatikan mereka yang menentang perbicaraan semua suspek keganasan di mahkamah awam. 
Defendan dikenali berada di samping Osama dan pemimpin terbaru al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri, dalam video propaganda kumpulan itu pada September 2011. 
Suami kepada anak bekas pemimpin al-Qaeda itu, Fatima, berkata dia bekerja untuk al-Qaeda hingga 2002 apabila dia melarikan diri selepas kehadiran tentera AS membantu negara jirannya Iran. - AFP/myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.