|
Polis di bandar Stretton memberitahu Lee Andrew Price, dia tidak boleh dimasukkan ke penjara jika dia tidak melakukan kesalahan |
|
Lee kemudian pergi ke kedai Waitrose dan mencuri di kedai ini |
|
Lee dipenjara 12 minggu oleh Mahkamah Majistret Telford dan dia menjalani hukuman di Penjara HMP Birmingham di Winson Green |
|
Pemandangan di bandar Stretton yang dipenuhi dengan bangunan-bangunan lama |
SHROPSHIRE (England) - Seorang penagih dadah sanggup menghubungi polis dan merayu supaya dimasukkan ke penjara kerana bosan hidup di bandar Stretton di sini.
Lee Andrew Price, 30, memberitahu polis dia bosan hidup di tempat yang “entah di mana” dan bandar itu “terlalu asing untuknya”.
Apabila diberitahu yang dia tidak boleh ditahan jika tidak melakukan kesalahan, Lee mencuri di kedai yang terletak berhampiran.
Dia mengekori seorang pengawal keselamatan mengelilingi kedai itu sebelum secara terang-terangan mencuri barangan bernilai RM696 dalam usaha membuatkan dirinya ditahan.
Dia kini dipenjara 12 minggu oleh Mahkamah Majistret Telford selepas mengaku bersalah atas tuduhan mencuri.
Peguamnya Dean Easthope, berkata Lee menagih dadah hampir seumur hidupnya dan sedang khayal ketika berkata dia sudah bosan hidup di bandar itu.
“Dia menghubungi polis dan meminta untuk dipenjarakan tetapi polis menyuruhnya melakukan kesalahan,” kata peguam itu. - Agensi/myMetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.