|
Bangunan tandas awam di Chongqing, China ini memiliki reka bentuk seperti kamera digital |
|
Terdapat 22 tandas awam berbentuk seperti ini di bandar Chongqing |
|
Tandas berbentuk kamera digital menarik perhatian masyarakat Chongqing |
|
Reka bentuk tandas diluluskan oleh majlis perbandaran tempatan |
CHONGQING, China - Sebuah bangunan tandas awam di sini memiliki reka bentuk seperti kamera digital, lapor portal berita metro.co uk kelmarin.
Sejumlah besar penduduk berasa keliru ketika melihat bangunan tersebut kerana mereka tidak menyangka ia sebenarnya merupakan tandas awam.
Namun, selepas memasuki bangunan itu, mereka mula mempercayai ia merupakan tandas.
Beberapa penduduk tempatan menyatakan, bangunan tersebut terletak berdekatan sebuah pasar yang menjual barangan elektrik. - Agensi/Kosmo!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.