|
Pesawat pengangkut yang baru dimiliki Tentera Udara India (IAF) terhempas 72 batu di barat lapangan udara pangkalan Gwailor |
|
Tragedi pesawat empat enjin buatan Amerika Syarikat ini menimbulkan tanda tanya di kalangan juruterbang berpengalaman |
|
Keadaan di lokasi pesawat Tentera Udara India terhempas |
NEW DELHI - Sebuah pesawat pengangkut yang baru dimiliki, C-130J Tentera Udara India (IAF) terhempas 72 batu di barat lapangan udara pangkalan Gwailor pagi semalam, mengorbankan lima anggota dalam penerbangan itu.
IAF belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai berapa ramai anggota dalam pesawat itu.
Insiden terhadap pesawat empat enjin buatan Amerika Syarikat itu menimbulkan tanda tanya di kalangan juruterbang berpengalaman ekoran rekod keselamatan baik dan pesawat itu yang mudah dikendalikan.
Seorang juruterbang kanan Tentera Udara berkata, kemalangan itu “pelik” dan beliau menjangkakan kru pesawat tidak boleh melakukan apa-apa atau berlaku kebakaran ketika penerbangan.
Operasi menyelamat masih dilakukan di lokasi pesawat berkenaan terhempas, menurut sumber tentera udara. “Pesawat itu berlepas dari Agra pada jam 10 pagi untuk misi penerbangan latihan rutin. - Berita Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.