|
Mayat pengawal keselamatan ditemui di bawah timbunan pasir. Foto: myMetro |
|
Anggota polis mengusung mayat yang ditemui, semalam. Foto: myMetro |
KUCHING - Misteri titisan darah pada lantai dan dinding di tapak pembinaan bangunan tambahan Hospital Umum Sarawak, di sini, membawa kepada penemuan mayat seorang pengawal keselamatan yang ditimbus dengan pasir di dalam longkang, semalam.
Kejadian itu terbongkar selepas seorang pengawal keselamatan yang bertugas pada syif pagi mendapati dua rakan syif malam tiada di lokasi tugas mereka sebelum cuba mencari kedua-duanya di kawasan tapak pembinaan terbabit.
Pengawal keselamatan berkenaan kemudiannya menemui titisan darah pada lantai serta dinding tingkat satu dan dua bangunan terbabit yang sedang dalam pembinaan itu.
Lelaki berusia 40-an itu kemudiannya pelik apabila ternampak lubang yang dikorek untuk dijadikan longkang dengan kedalaman 0.5 meter tertimbus pasir dan turut mempunyai kesan darah.
Curiga ada sesuatu yang tidak kena, pengawal keselamatan berkenaan memberitahu penyelianya sebelum membuat laporan di Balai Polis Sentral, di sini, pada jam 8 pagi.
Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata, beberapa anggota polis dihantar ke lokasi kejadian dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) untuk memeriksa timbunan pasir yang mencurigakan itu. - myMetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.