Sembelih ipar gara-gara hutang tak sampai RM1,000
|
Lelaki ini disembelih adik iparnya kerana hutang tidak sampai RM1,000. Foto: myMetro |
Kuala Lumpur - Seorang lelaki berusia 40-an kini bertarung dengan maut akibat kecederaan parah di leher selepas disembelih adik iparnya hanya kerana gagal menjelaskan hutang tidak sampai RM1,000.
Kejadian berlaku jam 2 pagi semalam di rumah mangsa di Ampang di sini, ketika dia nyenyak tidur di ruang tamu.
Sumber polis berkata, suspek dipercayai membuat kunci pendua rumah berkenaan beberapa hari sebelum kejadian untuk memudahkannya masuk melalui pintu utama.
Menurutnya, mangsa yang bekerja sebagai penjual roti canai dikatakan berhutang tak sampai RM1,000 dengan adik iparnya itu sejak beberapa bulan lalu.
“Suspek dilaporkan tinggal berasingan dengan mangsa, tetapi dikatakan sering datang ke rumah abang iparnya itu,” katanya. - myMetro
Lenyek sampai mati
|
Lelaki ini dipercayai dibelasah teruk sebelum tubuhnya dilenyek berulang kali dengan tayar kereta oleh pembunuhnya. Foto: myMetro |
Batu Gajah - Seorang lelaki dipercayai dibelasah teruk sebelum tubuhnya dilenyek berulang kali dengan tayar kereta oleh pembunuhnya hingga mati di kawasan Pusing, di sini.
Mangsa berusia lewat 30-an itu ditemui dalam keadaan tubuhnya mempunyai banyak kesan gilis oleh seorang penternak lembu jam 7.30 malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, seorang penternak lembu tenusu berusia 41 tahun dikatakan terserempak mayat mangsa berhampiran ladang kelapa sawit di Jalan Lengkuas, Kampung Piandang, di sini.
Menurutnya, saksi kejadian yang terkejut dengan penemuan mayat hampir busuk itu menghubungi pihak polis di Balai Polis Pusing di sini, untuk memaklumkan kejadian itu.
“Susulan itu, polis IPD Batu Gajah dan Unit Polis Forensik bergegas ke lokasi kejadian sebelum menemui mangsa terbaring di atas pelepah kering daun pokok kelapa sawit. - myMetro
Bakar isteri gara-gara cemburu
|
Wanita ini disimbah dengan petrol sebelum dibakar oleh suaminya kerana cemburu. Foto: myMetro |
Kota Bharu - Gara-gara cemburu, seorang lelaki bertindak kejam menyimbah petrol ke badan isterinya sebelum membakar wanita itu di rumah mereka di Jalan Sultan Yahya Petra di sini, malam kelmarin.
Kejadian jam 11.30 malam itu berlaku apabila mangsa yang berusia 30 tahun dan bekerja sebagai jurujual sebuah pasar raya, dituduh suaminya mempunyai hubungan dengan lelaki lain.
Akibat kejadian itu, mangsa mengalami lecur 40 peratus pada muka serta kedua-dua tangan dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Timbalan Ketua Polis Daerah Superintendan Idris Abd Rafar berkata, adik mangsa dihubungi kakaknya memberitahu dia dipukul, disiram dengan petrol dan dibakar oleh suaminya.
Menurutnya, adik serta tiga abangnya bergegas ke rumah mangsa dan apabila sampai, mereka sempat melihat suspek menampar muka mangsa di luar rumah. - myMetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.