|
Askar yang sedang berkawal dan tidak mempunyai lambang ini dipercayai askar Rusia |
|
Lagi pasukan bersenjata yang dipercayai terdiri daripada askar Rusia |
|
Seorang askar bersenjata sedang berkawal di bangunan Parlimen Simferopol, Crimea, dalam wilayah Ukraine |
|
Penyokong Rusia bertindak menceroboh bangunan kerajaan tempatan |
|
Penyokong Rusia telah bertembung dengan kumpulan anti-Rusia |
|
Perdana Menteri Crimea dalam wilayah Ukraine, Sergei Aksyonov pula meminta Presiden Rusia, Vladimir Putin campur tangan |
SIMFEROPOL, Ukraine - Ketegangan politik yang melibatkan Rusia dengan Ukraine semakin meningkat semalam.
Ketegangan itu meningkat selepas Perdana Menteri Crimea dalam wilayah Ukraine, Sergei Aksyonov meminta Presiden Rusia, Vladimir Putin campur tangan dalam konflik di negaranya.
Crimea merupakan wilayah Ukraine yang diberikan pemerintahan berautonomi.
Bagaimanapun, Perdana Menteri Ukraine, Arsenly Yatsenyuk mendesak askar-askar Rusia berundur dari wilayah tersebut.
Konflik di Ukraine bermula selepas anggota-anggota Parlimen memilih Oleksandr Turchynov sebagai Presiden sementara bagi menggantikan Viktor Yanukovych yang melarikan diri dari Kiev pada bulan lalu.
Yanukovych melarikan diri selepas menandatangani satu perjanjian damai tajaan Barat bagi meredakan situasi politik selepas hampir 100 orang mati akibat pertempuran antara polis dengan penunjuk perasaan.
Para penunjuk perasaan itu menuntut Yanukovych meletakkan jawatan selepas beliau enggan menandatangani satu perjanjian perdagangan dengan Kesatuan Eropah.
Jika perjanjian itu ditandatangani, barangan Ukraine akan menembusi pasaran di Eropah. - Agensi/Kosmo!
Berita sebelumnya di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.