|
Santiago Mendoza merupakan bayi paling berat di Colombia. |
|
Mendoza mempunyai berat 19.7 kilogram (kg) walaupun baru berusia lapan bulan |
|
Mendoza diterbangkan dari rumahnya di Valledupar ke ibu negara Bogota pada Ahad untuk rawatan |
|
Santiago boleh menghidap kencing manis, tekanan darah tinggi dan masalah yang lebih teruk jika berat badannya tidak diturunkan |
VALLEDUPAR, Colombia - Seorang bayi yang memiliki berat menyamai kanak-kanak enam tahun diselamatkan oleh beberapa sukarelawan selepas ibunya mengaku memberi makan bayi tersebut setiap kali dia menangis.
Bayi lelaki itu, Santiago Mendoza merupakan bayi paling berat di Colombia.
Dia mempunyai berat 19.7 kilogram (kg) walaupun baru berusia lapan bulan.
Purata berat bayi yang berusia lapan bulan ialah antara 5 hingga 8 kg.
Sukarelawan-sukarelawan dari yayasan amal tempatan, Chubby Hearts menghulurkan bantuan untuk merawat bayi itu selepas ibunya, Eunice Fandino menulis kepada mereka untuk menyelamatkan anaknya.
Santiago telah diterbangkan dari rumahnya di sini menuju ke ibu kota Colombia, Bogota pada Ahad lalu.
"Bayi ini kerap menangis dan setiap kali dia menangis saya akan memberinya makanan untuk menenangkannya," kata ibu bayi tersebut.
Sementara itu, pengarah Chubby Hearts, Salvador Palacio Gonzalez berkata, pakar-pakar sebuah hospital tempatan akan menilai keadaan kesihatan Santiago.
"Pakar-pakar perubatan juga akan cuba untuk menurunkan berat badan bayi itu ke paras yang sihat," katanya.
"Santiago boleh menghidap kencing manis, tekanan darah tinggi dan masalah yang lebih teruk jika berat badannya tidak diturunkan," tambah Palacio. - Agensi/Kosmo!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.