Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam kemalangan di Kilometer 301.6 Lebuhraya Utara Selatan. Foto: NST |
Karpal terbunuh apabila Toyota Alphard yang dinaikinya terbabas dan melanggar belakang sebuah lori. Foto: NST |
Keadaan kenderaan yang dinaiki Karpal rosak teruk. Foto: NST |
Turut terbunuh dalam kemalangan itu pembantunya Michael Cornandez, manakala dua lagi cedera. Foto: NST |
Difahamkan Karpal dalam perjalanan dari ibu negara ke Pulau Pinang. Foto: NST |
KAMPAR - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam kemalangan di Kilometer 301.6 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara berhampiran Gua Tempurung, di sini kira-kira jam 1 pagi tadi.
Pemimpin Veteran DAP itu, difahamkan terbunuh apabila kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Alphard yang dinaikinya terbabas dan melanggar belakang sebuah lori sebaik tiba di lokasi kejadian.
Turut terbunuh dalam kemalangan itu pembantunya Michael Cornandez, manakala dua lagi cedera.
Difahamkan mereka dalam perjalanan dari ibu negara ke Pulau Pinang.
Mayat beliau dihantar ke Hospital Kampar dan keadaan di perkarangan bilik mayat diselubungi kesedihan apabila keluarga pemimpin terbabit tiba kira-kira jam 5.15 pagi tadi.
Keadaan di perkarangan bilik mayat diselubungi kesedihan apabila keluarga pemimpin terbabit tiba kira-kira jam 5.15 pagi tadi.
Anaknya, Gobind Singh Deo, juga berada di sini dan dilihat memeluk ibunya Gurmit Kaur yang sedang menangis.
Turut kelihatan anak perempuan Karpal, Sangeet Kaur.
Kedengaran Gurmit berteriak, "kenapa? kenapa? kenapa la..." sambil cuba ditenangkan Gobind.
Keadaan menjadi lebih menyedihkan apabila ahli keluarga terus meraung sebaik masuk ke dalam untuk melihat mayat Karpal.
Menurut Gobind mayat bapanya akan dibawa ke rumahnya di Pulau Pinang untuk pengebumian selepas selesai urusan dengan pihak hospital.
Beliau berkata, pihaknya akan memberitahu kemudian tarikh pengebumian bapanya itu. - myMetro
Kenderaan yang dinaiki Karpal. Foto: PDRM |
Seorang ahli keluarga menenangkan isteri mendiang Karpal Singh (kiri) di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh. Foto: TMI |
Anak Karpal, Gobind Singh Deo menerima ucapan takziah |
Gobind tidak dapat menahan rasa terharu |
IPOH - "Saya tak tahu itu Karpal," demikian reaksi pemandu lori, Abu Mansor Mohd, 45.
Menurutnya, sebaik perlanggaran berlaku, dia segera meninjau keadaan MPV berkenaan dan mendapati ada mangsa yang cedera.
Katanya, terdapat beberapa kenderaan berhenti di laluan itu dan memaklumkan mangsa yang terlibat merupakan bekas pemimpin tertinggi DAP.
"Waktu itu baru saya tahu itu Karpal, ketika itu dia berada dalam keadaan tidak sedar, sebahagian mukanya ada kesan darah," katanya.
Dalam kejadian itu, Karpal, 74, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor bersama pembantu peribadinya, Micheal Cornelius, 39, maut.
Turut berada dalam MPV berkenaan, anak Karpal, Ramkarpal Singh, 38, namun tidak cedera, pemandu MPV, C Selvam juga tidak mengalami sebarang kecederaan.
Seorang lagi penumpang yang juga pembantu rumah warga Indonesia parah dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Difahamkan, semua ahli keluarga Karpal, termasuk isteri beliau sudah berada di hospital.
Insiden kira-kira jam 1 pagi itu berlaku, apabila MPV jenis Toyota Alphard membawa Karpal hilang kawalan sebelum merempuh bahagian belakang sebuah lori muatan 5 tan di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan.
Karpal dikatakan dalam perjalanan ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes perbicaraan mahkamah, pagi ini. - Sinar Harian
Kenderaan Karpal rosak teruk di bahagian sebelah kiri. Foto: PDRM |
IPOH - "Saya dengar orang jerit minta tolong, kuat sangat," kata Nur Azlina Ahmad, penumpang lori yang terbabit dalam nahas mengorbankan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, awal pagi tadi.
Nur Azlina, 23, berkata, ketika kejadian, lori dipandu suaminya, Abu Mansor Mohd, 45, berada di laluan kiri dan dipandu perlahan.
Bagaimanapun menurutnya, secara tiba-tiba, kenderaan mereka dirempuh kuat dari arah belakang.
"Serentak itu saya dengar suara lelaki menjerit, ada juga yang minta tolong," katanya.
Nur Azlina bersama suami dan anak perempuan mereka, Nurieman Diana Qhaleesha dalam perjalanan menghantar barang simen, besi dan mozek ke Bukit Mertajam.
Ketiga-tiga mereka selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan. - Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.